Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.
Petua ISLAM: Kecantikan Diri
Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)
Petua Rasullulah
Amalkan selalu berjalan kaki. Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah pelbagai penyakit termasuk jantung.
Petua Rasullulah
Mandi awal pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
Petua Rasullulah
Waktu solat subuh disunatkan kita sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelak dari migraine. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..
Begitulah jua halnya dengan Allah.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga..
Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ‘basuh’ kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga..
Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak utk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat.. InsyaAllah..~

No comments:
Post a Comment