ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, March 1, 2011

"Mencari kedudukan bagi tujuan untuk berkhidmat tetap batil walaupun manusia menganggapnya sebagai satu kebenaran. Perkara sebenarnya adalah kamu berkhidmat sesuai seperti mana Allah jadikan kalian. Jika kamu tulus dan melakukannya dengan baik, Allah akan tingkatkanmu di dalam tingkatan perkhidmatan itu."

"Rasulullah mengajarkan kepada kita dasarnya. Kata Baginda s.a.w.:
'Sesungguhnya kami tidak akan berikannya (kepimpinan dan kedudukan) kepada sesiapa yang memintanya.'

Inilah kepimpinan dan kedudukan.

Di dalam hadis lain, sabda baginda lagi:
'Sesungguhnya kalian akan menjadi tamak terhadap kepimpinan, dan ianya akan menjadi satu kerugian dan penyesalan buat kamu.'

Nabi s.a.w. bersabda lagi:
'Sesiapa yang mencarinya kami akan berikannya (kepimpinan) dan mewakilkannya untuk perkara tersebut. Sesiapa yang mendapatkannya tanpa mencarinya pula aku akan membantu untuknya (maka yang ini adalah lebih utama).' "

[Al-Habib 'Ali Al-Jufri]



"Marilah kita bertawajjuh (yakni, menghadapkan qalbu) kepada Allah s.w.t. Di hadapan kita, ada nafsu yang jahat, daripada pelbagai fitnah dunia, serta syaitan dari kalangan jin dan manusia; dan fitnah yang mengganggu kita dan anak-anak kita yang bakal menjadi mangsa fitnah tersebut. Apabila kita minta pada Allah, pasti Dia akan menolong kita. Apabila kita mohon rahmat Allah, Dia pasti merahmati kita. Apabila kita jujur pada Allah, Allah pasti akan membantu kita. Maka, serulah: 'Ya Hayyu Ya Qayyum! (Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa!)' "

[Al-Habib 'Umar bin Hafidz]



"Dosa tidak mungkin diredhai Allah, bahkan merupakan sebab kehinaan hakiki di dunia dan azab di akhirat. Akan tetapi, dosa yang telah mengubah pelakunya dan membangkitkannya dari kelenaan, serta mendorongnya segera bertaubat; tidak dihitung sebagai dosa setelah dibersihkan dengan penyesalan, dan berubah menjadi pemacu si musafir untuk bergegas menuju Tuhan."

[Syeikh Muhammad al-Ghazali]




No comments:

Post a Comment