ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, February 21, 2011

UniCLIQ

TM Smart School (TSS) dengan sukacitanya memperkenalkan UniCLIQ, sebuah platform rangkaian edu-sosial yang berteraskan pendidikan untuk komuniti pelajar dan pengajar. UniCLIQ adalah penyelesaian pembelajaran terkini untuk anak-anak anda!

UniCLIQ adalah sebuah laman web sosial yang menghubungkan ibu bapa, anak-anak dan guru-guru untuk berinteraksi menggunakan blog, forum, ‘notes & tips’, kumpulan, dan pelbagai lagi. Anak-anak anda kini boleh belajar dengan teknologi terkini manakala guru-guru dan ibu bapa boleh menyumbang kandungan pembelajaran dan panduan untuk belajar.

Dengan ciri-ciri yang mudah, UniCLIQ boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Pengguna boleh membuat catatan dan berkongsi bahan-bahan pembelajaran di dalam kumpulan mereka sendiri atau dikongsi bersama secara umum. Selain catatan, pengguna juga boleh menyimpan dan berkongsi video, gambar, permainan dan sebagainya.

Penggunaan UniCLIQ dapat membina komuniti yang sihat di kalangan anak-anak untuk berinteraksi bersama rakan-rakan mereka jauh dan dekat. Laman ini sesuai dan selamat untuk pengguna kerana segala aktiviti dipantau oleh TM Smart School. Bukan itu sahaja, laman web sosial ini juga menawarkan bank soalan latih tubi UPSR, PMR dan SPM. Anda juga boleh melanggan pakej ini pada bila-bila masa selepas menjadi ahli UniCLIQ.

Pendaftaran adalah PERCUMA! Daftarlah sekarang di www.unicliq.com!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TM Smart School di talian 1300 88 5252 atau layari laman web di www.tss.com.my.

No comments:

Post a Comment