1. MENGENAL PASTI PREMIS TASKA KOMUNITI
PKMN atau PKMD mengenalpasti premis yang sesuai untuk dijadikan dijadikan Taska Komuniti dengan kesesuaian sekitar 30 orang kanak-kanak.Syarat-syarat premis samada:
a. Jenis Bangunan
i. Banglo
ii. Rumah berkembar
iii. Rumah teres
iv. Rumah khas untuk taska
v. Bangunan baru dibina
vi. Rumah pangsa b. Keperluan Lokasi
i. Kawasan keluarga berpendapatan rendah
ii. Kawasan tempat kerja
iii. Mempunyai kemudahan pengangkutan awam c. Cadangan Lokasi Yang Sesuai
a. Bandar
i. Kawasan setinggan
ii. Rumah panjang
iii. Transit sementara
iv. Perumahan pangsa rendah
v. Perumahan kos rendah
vi. Perkampungan tradisi
vii.Perumahan PPRT
b. Luar Bandar
i. Perumahan kos rendah
ii. Bandar kecil
iii. Perumahan PPRT
iv. Kampung tradisi
v. Kawasan industri kecil
vi. Perumahan baru 2. MENGENAL PASTI KUMPULAN SASAR Kenalpasti kumpulan sasar yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 2,0001 di Bandar dan RM 1,2001 di luar bandar: i. Kakitangan kerajaan
ii. Pekerja swasta
iii. Pekerja industri
iv. Bekerja kampung
v. Peniaga kecil-kecilan
vi. Petani
vii. Buruh
viii. Penerima Bantuan dll. Permohonan untuk mendapatkan subsidi perlu dikemukakan kepada PKMD untuk kelulusan dengan mengisi Borang Permohonan seperti di Lampiran A.
3. PENUBUHAN JAWATANKUASA TASKA KOMUNITI
Jawatankuasa Taska Komuniti perlu ditubuhkan oleh PKMD apabila pengiktirafan kepada pertubuhan/organisasi telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengiktirafan Taska Komuniti. Jawatankuasa ini bertujuan perjalanan/pengoperasian taska komuniti, Jawatankuasa ini terdiri daripada: Pengerusi - Dilantik oleh PKMD
Setiausaha - Penyelia Taska Komuniti
Bendahari - Wakil Organisasi yang diiktiraf
AJK - Pegawai Taska Daerah
3 wakil agensi teknikal
Wakil ibubapa
Wakil Jawatankuasa Penduduk
Wakil Pengasuh
4. ORGANISASI/PERTUBUHAN YANG DIBENARKAN MENJALANKAN TASKA KOMUNITI
a. Pertubuhan yang berkaitan dengan perkembangan
b. kanak-kanak;
c. Berdaftar dengan ROS; atau
d. Persatuan Taska/Pengasuh Negeri; atau
e. Organisasi di IPTA; atau
f. Jawatankuasa/Pertubuhan mengikut Akta di bawah J KM; atau
g. Jawatankuasa/Pertubuhan di bawah pentadbiran JKM.
5. PROSES PERMOHONAN 5.1 PKMN/PKMD mengenalpasti keperluan menubuhkan Taska Komuniti di kawasan tertentu.
5.2 Kenalpasti premisdan lokasi yang sesuai.
5.3 Kenalpasti Pertubuhan/Organisasi yang akan mengendalikan Taska Komuniti.
5.4 Pertubuhan/Organisasi mengemukakan kertas permohonan bagi penubuhan mengikut Format
yang disediakan melalui PKMD seperti di Lampiran B.
5.5 PKMD membuat syur kepada PKMN
5.6 PKMN memberi sokongan untuk dikemukakan kepada KPKM.
5.7 Mesyuarat Jawatankuasa Pengiktirafan memberi pengiktirafab permohonan bagi mengwujudkan
Taska Komuniti.
6. TANGGUNGJAWAB PERTUBUHAN/ORGANISASI YANG DIBERI PENGIKTIRAFAN 6.1 Perlu memohon untuk mendapatkan Perakuan Pendaftaran.
6.2 Permohonan pendaftaran menggunakan nama didahului dengan nama TASKA PENYAYANG.
6.3 Permohonan dibuat melalui PKMD/PKMN.
6.4 Menyediakan Taska Komuniti mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Akta dan Peraturan
6.5 Menjalankan operasi mengikut Akta dan Peraturan. 7. PENGENDALIAN OPERASI TASKA 7.1 Pertubuhan/Organisasi yang diberi pengiktirafan bersama Pegawai Taska Daerah menyediakan kelengkapan dan peralatan Taska supaya mencukupi.
7.2 Memohon untuk perakuan pendaftaran Taska Komuniti.
7.3 Membuat pengambilan kanak-kanak mengikut had yang ditetapkan.
7.4 Membuat promosi atau edaran risalah.7.5 Menentukan Penyelia, Pengasuh dan pekerja-pekerja.
7.6 Menentukan kemudahan domestik dipasang seperti bekalan air, elektrik dan telefon.
7.7 Menentukan pembedan subsidikepada keluarga yang layak telah mendapat kelulusan PKMD.
7.8 Tempoh perkhidmatan Taska ditentukan berdasarkan keperluan komuniti:
a.Sepenuh hari 6.30 pagi hingga 6.00 ptg
b.Separuh hari 6.30 pagi hingga 2.00 ptg
7.9 Program/Aktiviti yang dilaksanakan mesti mematuhi Peraturan dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak. |
No comments:
Post a Comment