ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, January 28, 2011

- saya menunggu awak -


Saya menunggu awak
dengan mata tertutup saya melakar


hidup dan menanti
berjuang dan menjaga diri

perang dan mempertingkatkan peribadi


saya menunggu awak

untuk menyelamatkan diri ini

menunggu dan terus menunggu
hari kita berpimpin tangan untuk ke syurga abadi

Walau seribu orang menyapa
merasakan peluang masih wujud untuk mereka
menyatakan takdir antara kita belum tertulis
saya tetap menanti awak dengan setia

irama ini saya pahat di dalam hati
saya tanam di dalam jiwa

kalau hari di dunia tidak tiba
maka di akhirat nanti adalah pengakhiran penungguan saya...

♥ Dengan cinta kegembiraan merebak.
Dengan cinta bibir memancarkan senyuman.
Dengan cinta fajar datang merekah.
Dan burung-burung ramai berkicauan.
Tanah tanpa cinta merupakan hamparan padang pasir.
Kebun tanpa cinta merupakan kegersangan.
Kata-kata tanpa cinta merupakan untaian kata yang buta.
Telinga tanpa cinta adalah telinga yang tuli.
Subhanallah...alangkah indahnya hidup ddunia ini andai cinta kita dibawah naungan cinta Ilahi. ♥



Wahai lelaki...wahai adam...lindungilah hawa ♥ selagi kamu mampu,bukan menyakitinya.. bimbingilah hawa ♥ di jalan NurNya,bukan menyesatkannya.. wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya..jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu..hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan..jaga diri hiasi peribadi, kelak tunggu lah dia sbg bidadarimu ♥...ingatlah wahai lelaki :)


Ruang yang hanya sebentar, iaitu di dunia ini, hanya tempat persinggahan. Namun, di sebalik suatu persinggahan ini ada makna yang lebih besar kerana persinggahan itu merujuk kepada sebuah perjalanan. Di sebalik perjalanan hidup ini justeru ada makna yang lebih besar, iaitulah suatu tujuan.

No comments:

Post a Comment