Hilangnya kedaulatan sesuatu bangsa adalah sejauh mana bangsa itu kental jatidiri dan semangat untuk terus maju.Dan semua itu...bermula dari sejarah sebagai sumber kuasa yang tidak terkalahkan. Sejarah bukanlah sekadar bacaan hikayat dan nota-nota untuk lulus peperiksaan.SEJARAH ADALAH SUMBER KEKUATAN DAN ROH KEBANGKITAN.Satu cara untuk meruntuhkan estim diri dan jatidiri sesuatu bangsa,ialah menghapus,memperkosa dan merompak sejarah bangsanya.Bangsa yang diperkosa,dihapus atau dirompak sejarahnya...perlahan-lahan akan mengalami perasaan rendah diri dan akhirnya pupus dari peta sejarah dunia.
Sejarah Melayu adalah warisan bangsanya.Orang Melayu tetap wujud kerana berdiri di atas paksi sejarahnya yang tetap dipelihara zaman-berzaman di tengah-tengah imperialisme dan peperangan.Ketika tamadun Maya pupus dari kelangsungan hidup,orang Melayu masih kekal wujud segala bahasa dan budayanya sehingga ke hari ini.Ketika orang Mon dan Pyu,perlahan-lahan pupus dari persaingan kehidupan dunia dan tidak bernegara,orang Melayu masih punya tanahair dan tanah pusaka.Ketika orang lain tidak punya raja-raja atau dihapuskan warisan berajanya,orang Melayu masih mengekalkan sistem monarkinya sejak beribu-ribu tahun lalu...
Menjejak sejarah Melayu...adalah seindah menjejak namanya.Bagai mempelai cantik beradu,budaya dan bahasa Melayu tetap terlestari sejak zaman-berzaman,adalah titis keringat dan lelehan darah para pejuangnya... juga buah fikiran dan usaha para pemikirnya.Segala bangsa datang ke nusantara,mencari-cari apakah dia Melayu itu?Apakah keistimewaan Melayu itu?
Sehingga semua bangsa cair menjadi Melayu...dan beranak cucu,mereka masih tercari-cari sehingga ke akhir hayat,masih tidak mampu menjawab segala misteri,
Siapakah Melayu itu sebenarnya?
Mari kita,sebagai pewaris warisan Kemelayuan,kita cantumkan sejarah ini yang pecah berkeping-keping,kerana pelbagai bangsa di dunia JUGA datang ke sini untuk mencari-cari makna KEMELAYUAN itu,bercampurgaul,berkahwin dan tinggal di sini...menjadi Melayu,
Hilangnya kedaulatan sesuatu bangsa adalah sejauh mana bangsa itu kental jatidiri dan semangat untuk terus maju.Dan semua itu...bermula dari sejarah sebagai sumber kuasa yang tidak terkalahkan. Sejarah bukanlah sekadar bacaan hikayat dan nota-nota untuk lulus peperiksaan.SEJARAH ADALAH SUMBER KEKUATAN DAN ROH KEBANGKITAN.Satu cara untuk meruntuhkan estim diri dan jatidiri sesuatu bangsa,ialah menghapus,memperkosa dan merompak sejarah bangsanya.Bangsa yang diperkosa,dihapus atau dirompak sejarahnya...perlahan-lahan akan mengalami perasaan rendah diri dan akhirnya pupus dari peta sejarah dunia.
ReplyDeleteSejarah Melayu adalah warisan bangsanya.Orang Melayu tetap wujud kerana berdiri di atas paksi sejarahnya yang tetap dipelihara zaman-berzaman di tengah-tengah imperialisme dan peperangan.Ketika tamadun Maya pupus dari kelangsungan hidup,orang Melayu masih kekal wujud segala bahasa dan budayanya sehingga ke hari ini.Ketika orang Mon dan Pyu,perlahan-lahan pupus dari persaingan kehidupan dunia dan tidak bernegara,orang Melayu masih punya tanahair dan tanah pusaka.Ketika orang lain tidak punya raja-raja atau dihapuskan warisan berajanya,orang Melayu masih mengekalkan sistem monarkinya sejak beribu-ribu tahun lalu...
Menjejak sejarah Melayu...adalah seindah menjejak namanya.Bagai mempelai cantik beradu,budaya dan bahasa Melayu tetap terlestari sejak zaman-berzaman,adalah titis keringat dan lelehan darah para pejuangnya... juga buah fikiran dan usaha para pemikirnya.Segala bangsa datang ke nusantara,mencari-cari apakah dia Melayu itu?Apakah keistimewaan Melayu itu?
Sehingga semua bangsa cair menjadi Melayu...dan beranak cucu,mereka masih tercari-cari sehingga ke akhir hayat,masih tidak mampu menjawab segala misteri,
Siapakah Melayu itu sebenarnya?
Mari kita,sebagai pewaris warisan Kemelayuan,kita cantumkan sejarah ini yang pecah berkeping-keping,kerana pelbagai bangsa di dunia JUGA datang ke sini untuk mencari-cari makna KEMELAYUAN itu,bercampurgaul,berkahwin dan tinggal di sini...menjadi Melayu,
Aku bangga Menjadi MELAYU ISLAM