ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, December 31, 2010

Kunci-kunci Rezeki (Haji dan Umrah)


Di antara perbuatan yang di janjikan Allah termasuk kunci-kunci rezeki ialah melanjutkan haji dengan umrah atau sebaliknya.

Syeikh Abul Hasan As-Sindi menjelaskan tentang maksud melanjutkan haji dengan umrah atau sebaliknya berkata" Jadikanlah salah satunya mengikuti yang lain,dimana ia dilakukan sesudahnya.Ertinya,jika kamu menunaikan haji maka tunaikanlah umrah.Dan jika kamu menunaikan umrah maka tunaikanlah haji,sebab kedua-duanya saling mengikuti.

Hadis

Ia Ahmad,At-Tarmizi,An-Nasa'i,Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud berkata,Rasulullah bersabda" Lanjutkan haji dengan umrah kerana sesungguhnya  kedua-duanya menghilangkan kemiskinan dan dosa,sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran besi,emas dan perak.Dan tidak ada pahala haji yang itu melainkan syurga"

Dalam hadis ini Nabi yang dipercayai,berbicara dengan wahyu menjelaskan  bahawa melanjutkan haji dengan umrah atau sebaliknya adalah hilangnya kemiskinan dan dosa.

Imam Ibnu Hibban memberi judul hadis ini dalam kitab shahihnya dengan
'Keterangan Bahawa Haji dan Umrah Menghilangkan Dosa-dosa dan Kemiskinan dari Setiap Muslim dengan Sebab Kedua-duanya"

Imam At Tayiyibi menjelaskan sabda Nabi:
Sesungguhnya  kedua-duanya menghilangkan kemiskinan dan dosa",dia berkata "Kemampuan kedua-duanya untuk menghilangkan kemiskinan seperti kemampuan amalan bersedekah dalam menambah harta"

Maka orang-orang yang menginginkan untuk dihilangkan kemiskinan dan dosa-dosanya,hendaklah ia segera melanjutkan hajinya dengan umrah atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment