ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Saturday, December 18, 2010

Inflasi buatan Amerika Syarikat

http://www.gempuremas.com/

http://emas2emas.blogspot.com/

http://www.dinar-emas.com

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Malaysia dijangka berhadapan kenaikan inflasi berikutan peningkatan kecairan yang tinggi selepas Amerika Syarikat (AS) menyuntik AS$600 bilion (RM1.8 trilion) bagi merangsang ekonomi negara itu.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, perkara itu berlaku kerana AS pasti mengintai peluang pelaburan di negara-negara yang mampu memberi pulangan tinggi melalui kadar faedah seperti di negara-negara baru muncul termasuk Malaysia.
Menurut beliau, sebenarnya Malaysia mulai merasai peningkatan kecairan dengan kenaikan pasaran tempatan dan dijangkan berlaku permintaan mendadak terhadap sektor hartanah tempatan.
''AS akan melimpahkan duitnya ke seluruh dunia kerana negara itu tidak boleh melabur dalam negaranya sendiri memandangkan kadar faedah negara itu hampir sifar peratus,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Tambah beliau, peningkatan kecairan akibat kemasukan dolar AS itu dijangka meningkatkan permintaan terhadap pembelian barangan dan keadaan itu dikhuatiri akan mengakibat peningkatan inflasi, ujar beliau.
Kadar inflasi negara setakat Ogos lalu adalah 2.1 peratus.
Bagaimanapun, MIER yakin Bank Negara Malaysia (BNM) memantau perkembangan itu secara dekat bagi membolehkan langkah-langkah awal dilaksanakan.
Baru-baru ini, bank pusat itu melaksanakan nisbah maksimum pinjaman berdasarkan nilai (LTV) dengan mengumumkan para pembeli yang mahu memiliki rumah ketiga dan seterusnya, hanya boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilainya.
Peraturan yang berkuatkuasa serta merta itu, bagaimanapun tidak menjejaskan kemudahan pembelian rumah pertama dan kedua.
BNM menjelaskan, langkah baharu itu bertujuan menyokong pasaran hartanah supaya terus stabil dan mampan, selain memastikan orang ramai akan mampu membeli rumah.
Sementara itu, mengulas mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada 2011 oleh Bank Dunia, Dr. Zakariah berkata, jangkaan tersebut adalah hampir selari dengan MIER dan kerajaan.
Bank Dunia menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.8 peratus, lebih rendah daripada unjuran kerajaan antara lima hingga enam peratus, manakala MIER pula 5.2 peratus.
Menurut beliau, kelembapan itu disebabkan oleh krisis kewangan yang berpanjangan di negara-negara kuasa besar.
Jelasnya, tanda-tanda kelembapan sebenarnya sudah pun dirasai pada suku ketiga dan keempat dengan kadar pertumbuhan eksport menyusut.
''Sebagai sebuah negara pengeksport, krisis ekonomi yang berpanjangan ini memang menjejaskan Malaysia.
''Barangan kita biasanya dibeli oleh Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat tetapi apabila ekonomi-ekonomi negara ini semakin lesu menyebabkan keupayaan mereka semakin terhad, sekali gus menjejaskan ekonomi kita.
''Situasi ini sebenarnya sudah berlaku pada suku ketiga apabila kadar pertumbuhan eksport menyusut. Ini bermakna pengimport kurang membeli barangan kita,'' ujarnya.
Bagaimanapun, Dr. Zakariah menjangkakan keadaan itu tidak begitu teruk berbanding semasa krisis subprima kerana ia telah mengakibatkan Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi sebaliknya ia hanya berbentuk 'down swing' sahaja.
Tambahnya, setakat ini kerajaan telah mengambil langkah dan pendekatan terbaik untuk menyerap permasalahan ekonomi di luar seperti mengukuhkan sistem kewangan dan institusi perbankan tempatan.
''Yang menjadi kebimbangan kita adalah faktor luaran kerana kita tidak dapat memastikan gelora yang berlaku dan sukar untuk membuat jangkaan secara tepat.
''Contohnya soal peperangan mata wang kerana apabila ia disebabkan ketidakseimbangan global, masalah ini tidak boleh kita selesai dan sebenarnya Malaysia tidak ada kuasa. Ini bergantung kepada pelakon-pelakon besar seperti AS, Eropah, China dan Jepun,'' tambah beliau.
Dr. Zakariah menambah, keutamaan Malaysia sekarang adalah menumpukan kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana ia menentukan struktur dan hala tuju baru ekonomi negara dalam jangka panjang.
Jelasnya, ini kerana tumpuan kepada ekonomi bukan hanya untuk 2010 dan 2011, sebaliknya kelangsungan bagi tahun-tahun mendatang.
''Hebat atau tidak, kita yang menentukannya untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, kita telah 'memulakan permainan itu dan kita perlu bekerja untuk memenanginya'.
''Untuk menjayakannya semua pihak perlu serius melaksanakannya memandangkan ia bukan mudah kerana di tengah-tengah proses itu, dunia mungkin sekali lagi berhadapan dengan krisis,'' katanya.

RM2 bilion nilai pelaburan dikendalikan NCIA

PULAU PINANG 17 Dis. - Lebih RM2 bilion nilai pelaburan dijangka dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pada tahun depan.
Perkembangan terbaru itu dilihat akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di empat negeri di utara Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, pelaburan tersebut meliputi pelbagai sektor termasuk pengeluaran, akuakultur, pendidikan dan modal insan.
"Pelaburan baru ini bakal melahirkan ramai usahawan baru termasuk di kampung-kampung yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada mereka.
"Selain itu, pembukaan kilang-kilang baru juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Menurutnya, salah satu pelaburan baru tersebut adalah pembinaan kilang pengeluaran kelengkapan elektrik untuk pengguna bernilai RM50 juta.
Jelas beliau, ia dimiliki oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Shah Alam, Selangor dan dijangka siap penghujung tahun depan.
Beliau menambah, buat masa ini, syarikat tersebut mengeksport barangannya ke Arab Saudi dan Afrika manakala pengeluaran daripada kilang baru itu adalah untuk pasaran Indonesia dan Afrika.
"Ia juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 500 orang," ujarnya.

No comments:

Post a Comment