ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Wednesday, December 1, 2010

Cinta dan Maksudnya


by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Thursday, 02 December 2010 at 00:43

CINTA adalah perasaan jiwa dan tarikan hati. Hati seseorang yang mengenal CINTA akan tertarik kepada yang diCINTAInya dengan penuh perasaan dan kegembiraan. CINTA seperti makna ini adalah merupakan perasaan semula jadi (fitrah) yang sentiasa menjadi sifat-sifat manusia. Manusia yang mula tersangkut dengan CINTA selalunya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keinginannya.

Adakah ISLAM mengiktiraf pengzahiran CINTA ?
ISLAM dengan hakikat semula jadinya mengiktiraf CINTA yang bersemi pada diri seseorang. Bahkan ISLAM  telah pun menggariskan kepada kita tiga peringkat CINTA iaitu CINTA paling agung, CINTA pertengahan, dan CINTA yang paling hina. Oleh itu, ISLAM mengiktiraf perasaan CINTA kerana ia adalah fitrah semula jadi manusia. Manusia tidak dapat lari daripadanya kerana ia adalah hikmah yang ALLAH kehendaki sebagaimana firman-NYA :

“(Tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH.” (Ar-Rum:30)

No comments:

Post a Comment