ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Thursday, November 25, 2010

"Wanita itu adalah fitnah, buat dirinya sendiri juga sesiapa yg di sekelilingnya. Apa jua yg dilakukan akan menimbulkan pelbagai fitnah sama ada dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.. Hatta ketika ia baru dilahirkan, ia telah pun mendatangkan fitnah..... Justeru, adalah menjadikan kewajipan kita sbg muslimat bg menutup pintu-pintu fitnah ini dari terus berleluasa.. Kita takkan mampu utk menghalangnya, tetapi ini memerlukan persediaan yg rapi utk menjaga diri kita daripada terus membiarkan diri terjebak ke arah kemungkaran dan tergolong di dalam ahli neraka, wal 'iyazubiLlah. Apabila seseorang wanita dapat menjauhi apa-apa fitnah, in sya Allah kelak akan menjadi wanita yg dikasihi di sisi Allah, di samping terus mengamalkan perintah Allah dan menjauhi laranganNya...." 

Ibnu Ar-Rumi pernah bermadah: 
Tiada tempat selamat yang sebenar 
Bagi makhluk bernama wanita 
Selagi dia tinggal di samping lelaki 
Meskipun lelaki yang Amin 
Kerana sesaat lelaki terlupa diri 
Pandangan sekali sahaja kepadanya 
Boleh berubah menjadi bencana 

Maksud hadith nabi S.A.W : 
"Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih besar ke atas lelaki melainkan wanita......." 

No comments:

Post a Comment