Walaupun hidup berbelas belas tahun dengnnya ada suami yang tidak pernah memahami hati seorang isteri. Kaum ADAM ini mendakwa cukup sukar untuk mengertikan kaum HAWA. Apa keinginan di hati sukar dibaca dan apa yang diluahkan melalui kata kata belum sama dengan kehendak hatinya. Inilah yang memeningkan ramai lelaki...
Adakalanya si isteri mengalirkan air mata tanpa sebab yang dapat difahami. Apa yang terbuku dihati hingga menyebabkan air mata berlinang sukar ditafsirkan oleh sang suami. Apabila ditanya jawapan mereka 'tiada apa apa'. Mana mungkin mennagis sekiranya tiada apa yang menyentuh hati dan perasaan!
Jawapan tersebut pastinya tidak akan meredakan kemusykilan hati seorang suami. Malah mampu membautkan dirinya dalam keadaan serba salah apatah lagi memang diketahui ramai lelaki mahaupun suami 'kalah' dengan airmata seorang wanita.
Bayangkan siangnya si isteri elok jer bergurau senda tiba tiba di malam hari si isteri bermuram durja dan mengalirkan air mata dipenjuru bilik.Keliru dan pening dibuatnya...
Sebenarnya ada berbagai alasan mengapa wanita bersikap demikian diantaranya :-
Faktor Hormon
Sebagai suami anda seharusnya peka dengan keadaan ini. Perhatikan adakah isteri anda bersikap sedih atu muram sewaktu menghadapi menstruasi? Jiak ya, itu mungkin disebabkan oleh faktor hormon dan anda tidak perlulah bersa bimbang. Harus diketahui bukan saja semasa menstruasi saja isteri 'moody' malah mereka boleh bersikap sedemikian sebelum menghadapi menstruasi lagi. Ketika ini suami mungkin berhadapan dengan sikap isteri yang tidak seperti kebiasaan seperti sering marah marah, sukar mengatur emosi dan sangat sensitif dengan hal hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Wanita di saat ini kadangkalan tidak mampu untuk mengawal tahap emosinya dan mudah 'meledak'.Jadi buat si suami pekalah terhadap isteri anda...
Ingin memanipulasi keadaan
Rasa bersalah atau malu kepada pasangan sering kali diungkapkan oleh wanita dengan cara menangis. Perkara ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutup kesalahan dari pasangan agar tidak marah atau kecewa denagn dirinya. Memang itu satu tindakan yg tidak mencerminkan sikap matang di mata pasangan namun sebahagian wanita, menganggap cara ini cukup efektif untuk mendapatkam maaf atau sekadar benrmanja manja dengan pasangan. Malah ramai juga pasangan yakni suami yang teperangkap dengan cara ini sehingga terlupa akan kesalahan isteri mereka dan jatuh simpati dek kerana air mata yang brelinagn. Awas ya para suami.. hehe..
Perasaan Emosi..
Kalau bukan kerana faktor faktor di atas barangkali faktor emosilah yang berperanan hingga membuatkan wanita mengalirkan air mata. Banyak faktor menyebabkan wanita merasa emosi seperti kecewa, sakit hati, atau masaalah lainnya. Semasa perasaan emosi wanita sedang memuncak dan tidak mempunyai tempat untuk mencurahkan isi hatinya, biasanya menangis menjadi penyelesaian yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.
Marah
Ada wanita yang cenderung menjerit, bersikap kasar atau menarik muka ketika marah namun ramai juga wanita yang memilih untuk mengais tattakala perasaan marah menyelubungi diri. Mereka bertindak mendiamkan diri dan menjauh dari orang ramai ketika marah. ketika perasaan marah meluap luap mereka hanya mampu mengalirkan air mata sahaja...Biasanya wanita ingin sekali diperhatikan didampingi dan didengarkan keluhannya oleh pasanganya, teman ataupun ahli keluarga mereka. Cara inilah yang mampu menurunkan rasa amarahnya kerana wanita merasa memiliki kekuatan dari orang orang yang boleh memahami situasinya....
No comments:
Post a Comment