Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta. Adakah semasa kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah s.w.t.? Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa dan terlebih berhibur, lalai dan leka.
Fikirkan, kita hidup di Malaysia, negara yang tercinta lagi aman daripada peperangan. Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Negara lain. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali. ”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah s.w.t. yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan: "Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa, kita lalai. Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah beri aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri kita bahawa Allah itu Maha Mengetahui. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini. Na’uzubillah.
Sahabat-sahabat ku yang saya sanjung dan hormati sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing. Ini juga peringatan buat saya sendiri, hamba yang khilaf. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment