ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Wednesday, November 24, 2010

Seseorang itu diharamkan untuk pergi ke mana-mana majlis makan tanpa dijemput oleh tuan rumah melainkan sekiranya orang yang datang tanpa undangan tersebut tahu bahawa tuan rumah tidak akan marah dan terasa sekiranya dia datang ke majlis makan tersebut.
Seseorang tetamu yang dihidangkan makanan di hadapannya hanya boleh untuk makan sahaja. Dia diharamkan membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang, dia juga diharamkan untuk memberikan makanan tersebut kepada kucing ataupun kepada orang lain yang meminta makanan tersebut daripadanya. Namun sekiranya tuan rumah merestui, maka tetamu boleh untuk membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang dan boleh untuk memberikannya kepada binatang atau manusia lain.

No comments:

Post a Comment