ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, November 23, 2010

Ribuan rakyat Pakistan protes Facebook hina Nabi Muhammad...

21/05/2010 5:02pm

LAHORE 21 Mei - Beribu-ribu rakyat Pakistan dijangka membanjiri jalan-jalan raya hari ini bagi meluahkan kemarahan terhadap Facebook dan Barat berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang dianggap mencabul Islam.

Ia berikutan tindakan seorang pengguna Facebook yang menganjurkan satu pertandingan ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’ yang kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’, yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun tindakan itu menimbulkan reaksi kemarahan hebat di negara Islam tersebut yang dihuni 170 juta penduduk.

Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W dan menganggapnya sebagai kufur.

Perselisihan terbaru itu turut membangkitkan perbandingan dengan bantahan-bantahan di seluruh dunia Islam berhubung penerbitan kartun yang menyindir Nabi Muhammad dalam akhbar-akhbar Eropah pada 2006. -AFP

No comments:

Post a Comment