1. Jangan fikir kita mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
2. Terimalah hakikat sementara kita boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang kita hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
3.Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan kita, mereka bersifat tidak wajar terhadap kita.
4.Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Kita mengharapkan mereka membenarkan diri kita mendapat hak yang sama itu.
5 Bersimpati terhadap orang lain akan membantu kita bersifat lebih sabar.
8. Trimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri kita.
Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
Petua Mengetahui Kejujuran Pasangan Anda
Jika pasangan anda suka berbohong pastilah merupakan sesuatu yang menyakitkan. Ketidakjujuran merupakan sesuatu yang dapat merosakkan hubungan yang telah terjalin, terutama pada pasangan tercinta. Dalam situasi yang tertentu, berbohong lebih baik daripada berkata benar. Misalnya teman anda menanyakan pada anda apakah dia kelihatan gemuk? Tentu saja anda tidak akan mengatakan secara jujur bahawa dia gemuk. Kerana bukan itulah jawapan yang diinginkannya. Tetapi terhadap pasangan kita, kita haruslah jujur. Bila sekali saja anda berbohong, maka akan menjadikannya sebagai suatu kebiasaan. Sekali berbohong maka anda akan mencari alasan lain lagi untuk menutupi kebohongan yang pertama, yang dapat menimbulkan stress. Anda tidak akan hidup tenang.
Apakah pasangan anda selalu berbohong atau tidak ? -
Bahasa Tubuh - perhatikan bahasa tubuh pasangan anda sewaktu dia berbual dengan anda. Anda akan mengetahui apakah dia jujur atau tidak. Tanda-tandanya ialah antara lain, dia gugup ketika berbicara, berpeluh, atau tidak tenang ketika bercakap dengan anda.
Kontek mata sewaktu bercakap - Lihat matanya semasa dia bercakap, sehingga anda akan tahu dia jujur atau berbohong. Orang yang sedang berbohong pasti tidak tahan bila direnung matanya.
Tiada komitmen pada apa yang dikatakannya - Jika pasangan anda berjanji untuk menemani anda pergi ke sesuatu tempat, tetapi dia selalu saja membatalkannya, maka anda perlulah curiga terhadap alasannya.
Apabila anda merasa tidak dapat lagi mempercayai pasangan anda, perlu anda mengutarakan hal ini padanya. Cobalah untuk jujur dalam situasi apapun terutama terhadap pasangan tercinta.
No comments:
Post a Comment