Petua Membentuk Anak-Anak
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Monday, 18 October 2010 at 13:13
Asas Adab Pergaulan Anak-anak - Ibu bapa perlu memelihara anaknya daripada bercampur-gaul dengan budak-budak yang telah dibiasakan dengan kehidupan bersenang-lenang dan bermewah-mewahan atau memakai pakaian yang indah-indah. Ibu bapa juga harus melindungi anak-anaknya dari orang yang memperdengarkan kepadanya sesuatu yang tidak baik. Sebab apabila anak itu tidak dikawal sejak dari mula, nescaya dia akan dikuasai oleh berbagai-bagai sikap yang rendah, seperti buruk budi pekerti, pendusta, pendengki, pencuri, suka meminta dengan paksaan, suka menjaga tepi kain orang, banyak tipu daya dan suka membuat sesuatu yang tidak berguna. Oleh itu anak haruslah diberikan perlindungan dari segala sifat negatif, iaitu dengan jalan mendidiknya dari permulaan pertumbuhannya.
No comments:
Post a Comment