Pernahkah anda berbincang dengan pasangan anda dan berakhir dengan keadaan yang tidak menyeronokkan kerana kesalahan masa lalu yang dilakukannya? Atau mungkin kerana sikapnya yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan anda? Jika seseorang lelaki merasa bahawa kata-katanya nanti akan disalah ertikan, nampaknya semakin susahlah dia ingin bersikap terbuka. Dan satu-satunya cara untuk menghindar dari jerat komunikasi seperti ini adalah menyedari bahawa apa pun yang terjadi di masa lalu, atau apapun yang dikatakan atau dilakukan olehnya, anda terlibat sama di dalamnya.
Semua hubungan adalah seperti tarian. Tidak ada yang lebih baik atau pun lebih buruk. Kemampuan untuk memaafkan menjadi mudah jika anda cuba memahami bahawa apa saja sikapnya terutama sikap negatif pada dirinya setahun lalu (juga tentang diri anda), mungkin sudah tidak ada lagi pada waktu ini. Komunikasi yang baik memerlukan kemampuan untuk tetap berpegang pada sikap dan keadaan di masa sekarang dan membiarkan masa silam berlalu.
No comments:
Post a Comment