ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Wednesday, November 24, 2010

Pengorbanan dan kasih sayang

Seorang abah sayangkan anak-anaknya tetapi tidak sama sayang seorang ibu. Seorang manusia sayangkan keluarganya tetapi tidak sama sayang Tuhan kepada makhluk-Nya.
Perjalanan hidup manusia biasanya akan menempuh pelbagai ujian samada dari luar atau dalam, mereka pasti diuji. Manusia harus bersabar dalam menghadapi ujian yang maha dahsyat ini supaya cita-cita dapat dicapai sebagaimana suri tauladan yang ditunjukkan Baginda (saw). Kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi apabila ia melibatkan kejayaan memenangi hati dan perasaan. Perkahwinan adalah salah satu contoh kejayaan memenangi perasaan tetapi ia belum tentu menjamin kejayaan yang nyata sampai telah datang kepada mereka ujian-ujian, lalu Allah melihat bagaimana mereka perbuat. Adakah kita akan mengikut nafsu dan keinginan diri sendiri atau kita berbuat mengikut apa mahu-Nya seperti yang tertulis di dalam Kitab yang Nyata?
Sebagai seorang insan biasa, kita hanya mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mendapatkan sayangnya Tuhan. Tidak mungkin kita bisa tunduk dengan suruhan manusia jika suruhan itu bercanggah. Kenapa kita perlu bersedih hati sekiranya kita yakin dan percaya? Kenapa kita tidak bersangka baik pada manusia sedangkan ia dituntut. Boleh jadi kita tidak menjalankan anggungjawab kita sesama insan, sebab itu mereka jadi begitu. Jadi, siapa yang perlu dipersalahkan?
Anak-anak adalah penyeri dalam hidup berumahtangga. Abah yang balik lewat akan tersenyum bila melihat anak-anaknya tidur dengan nyenyak, tetap sedih memikirkan masa yang tidak dapat diluangkan. Masakan sedih itu berlainan antara setiap insan. Sedih itu hati. Bezanya, bagaimana hati menanggapi perasaan sedih itu.

No comments:

Post a Comment