ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Wednesday, November 24, 2010

Pengenalan Ilmu Tasauf


 1. اسمه: علم التصوف وعلم  السر وعلم السلوك.
   Namanya : Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan
       Allah.

 2. حده: فَهُوَ عِلْمٌ يُعْرَفُ بِهِ اَحْوَال النَّفْسِ وَ صِفَاتِهَا الذَّمِيْمَةِ وَالْحَمِيْدَة.   
 Pengertiannnya : Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu ( hati ) dan sifat- sifatnya yang keji dan terpuji.

3. مَوْضُوْعُهُ: فَهُوَ النَّفْسُ مِنْ حَيْثُ مَا يُعْرَفُ لَهَا مِنَ الأَحْوَالِ  وَالصِّفَاتِ .                                                                             
Tempat perbahasannya : Iaitu Nafsu ( Hati ) berkenaan perkara- perkara yang berkaitan dengan segala keadaan- keadan hati dan segala sifat – sifatnya.

4. ثَمْرَتُهُ: فَهُوَ التَّوَصُّلُ بِهِ اِلىَ تَخْلِيَّةِ الْقَلْبِ عَنِ اْلأَغْيَارِ وَتَحْلِيَّتِهِ بِمُشَاهَدَةِ المَلِكِ الغَفَّارِ.
Buah hasilnya : Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada aghyar ( Ingatan selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan
penyaksian  Tuhan Al Malikul Ghafar ( Raja yang sangat mengampuni ).


5.حُكْمُهُ: فَهُوَ الوُجُوبُ الْعَيْنِ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ , وَذَلِكَ لأِ نَّهُ كَمَا يَجِبُ تَعَلُّمُ  مَا يُصْلِحُ الظَّاهِرَ كَذَلِكَ يَجِبُ   تَعَلُّمُ  مَا يُصْلِحُ الْبَاطِنَ. 
Hukumnya : Iaitu wajib ain ( fadhu ain ) atas tiap- tiap mukalaf. Demikian itu kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu- ilmu yang memperbaikan zahir seperti itulah juga wajib mempelajari perkara- perkara yang memperbaikan hati.


 6. فَضْلُهُ: فَهُوَ فَوْقَانُهُ عَلَى سَائِرِ  الْعُلُومِ مِنْ جِهَةِ أَنَّهُ يُوٍصِلُ اِلَىَ مَا ذُكِرَ .
Kelebihannya : Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah Wasilah ( yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut.



  7.نِسْبَتُهُ لِلّعُلُوم : فَهِىَ أَنَّهُ أَصْلُ كُلِّ عِلْمٍ وَمَا سِوَاهُ فَرْعٌ. وَنِسْبَتُهُ لِلْبَاطِنِ كَنِسْبَةِ الْفِقْهِ اِلَى الظَّاهِر.  
Nisbah (bandingan ) dengan yang ilmu lain : Ia adalah asal tiap- tiap ilmu dan perkara- perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya diantara perkara- perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkara- perkarayang zahir.
  
8. واَضِعُوهُ : فَهُمْ الأَئِمَّةُ الأْعْيَانِ الْعَارِفُوْنَ بِرَبِّهِمْ اْلمَنَّان .
Penyusun : Terdiri daripada mereka, semua Pemuka Ahli Tasauf yang ariffin Birabbihim Al mannan  ( yang telah mengenal Tuhan mereka yang bersifat sangat pemberi, dengan mata hati ).

9. اِسْتِمْدَادُهُ : فَهُوَ مِنْ كَلاَمِ اللهِ    وَكَلاَمِ  رَسُوْلِهِ  سَيِّدِ عَدْنَان, صلى الله عليه وسام , وَذَوِى اليَقِيْنِ وَالْعِرْفَانِ .                                             
Tempat ambilannya : Iaitu daripada Kalam Allah ( Al-Quran) dan hadis Rasulnya iaitu Penghulu daripada Anak   Adnan  S.A.W. dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan ( Makrifat kepada Allah Azzawajalla).

10 .  مَسَائِلُهُ :  فَهِىَ قَضَايَاهُ  التَّى يُبْحَثُ  فِيْهَا عَنْ عَوَا رِضِهِ الذَّاتِيَّة.
Masalah- masalahnya : Iaitu segala  konsep-konsep  yang dibahaskan didalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara  yang timbul ( yang hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf ) seumpama al-fana`1,al-baqa`2,al-muraqabah3 dan lain- lain lagi.

Catitan:
  1. Fana : Binasa, hapus, hilang, lenyap, gugurnya sifat- sifat yang tercela pada diri hamba sebagaimana baqa` itu ialah wujudnya sifat- sifat terpuji pada diri hamba.
  2. Baqa` : Kekal- sebagai istilah Tasauf digunakan untuk nama maqam sesudah maqam fana`. Orang yang maqam berada pada maqam baqa akan  berpandangan dengan al-Haq Taala dengan tiada terdinding daripada memandang sekalian makhluk ini. Menurut Imam Al-Qusyairi: Baqa` itu ialah tegaknya (bersifat dengan ) sifat- sifat yang terpuji pada hamba.
3.   Muraqabah : Mengintai-intai  al Haq Taala dengan mata hati.

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment