Ungkit Kisah Lama - Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu. Tetapi Cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengenanya?’
Bersaing dengan Dirinya - Lelaki sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya dia ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri. Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang dia mahukan ialah untuk anda mengatakan dia betul dan bosnya salah.
Cakap Berputar Belit - Cara perbualan, penyampaian dan menceritakan sesuatu dengan amat terperinci dan panjang lebar, seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.
Bertanya sayang ke tidak - Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa. Tetapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.
No comments:
Post a Comment