Kota angkasa ini
Menyaksikan dan mendengar
Sejarah bangsa
Sejarah duka, khabar gembira…
Linangan airmata , kejayaan berharga
Sejarah kota…
Kota angkasa ini…
Himpunan critera bangsa
Penuh nostalgia
Pentasan drama.
Kota angkasa ini
Merakam waktu
Berita dan peristiwa
Dewasa…bersama negara.
Aku melangkah ke sini
Bukan dijemput , tapi disambut
Rasa mahu menegakkan kota ini semula
Yang sudah pudar dan hambar
Tapi masih punya nyawa dan jiwa!
Wahai pejuang !
Kita bangunkan semula kota angkasa ini
Sebaris persada dunia
Menegakkan martabat bangsa
Kita bukan orang sembarangan
Sebenarnya kita pahlawan medan
Mampu buat kejutan
Segunung intan…
*karya : Datuk Ibrahim Yahya – Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia
Sempena Sambutan Ulangtahun RTM ke - 64
No comments:
Post a Comment