ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, November 23, 2010

JIKA ANAK ITU HIDUP...

Jika anak itu hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain. Jika anak itu hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan. Jika anak itu hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi pengecut. Jika anak itu hidup dalam irihati, dia belajar merasa bersalah.

Jika anak itu hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar. Jika anak itu hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin. Jika anak itu hidup dalam pujian, dia belajar menghargai. Jika anak itu hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.

Jika anak itu hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi dirinya. Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan, dia belajar bahawa ada baiknya mempunyai matlamat.

Jika anak itu hidup dalam kejujuran, dia belajar apakah kebenaran. Jika anak itu dalam keadilan, dia belajar menjadi adil. Jika anak itu hidup dalam keselamatan, dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain. Jika anak itu hidup dalam kemesraan, dia belajar bahwa dunia ini adalah tempat yang cukup sesuai untuk hidup...sementara menunggu kehidupan yang abadi...

No comments:

Post a Comment