ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, November 23, 2010

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

Tuesday, 28 April 2009 at 03:01
TOKOH FALSAFAH: SYEIKH HAMZAH FANSURI
NAMA : NORA BINTI TAHIR NO. MATRIK : JEA080077 FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA PENSYARAH : DR AMRAN MUHAMAD

PENDAHULUAN

Falsafah daripada sudut etimologi, berasal daripada bahasa Yunani atau Gabungan dua perkataan “philo”
Greek yang diasaskan oleh Pythagoras.
iaitu cinta dan “sophia” iaitu kebijaksanaan dapat membawa erti “cinta akan kebijaksanaan”. Falsafah ialah satu bidang ilmu yang mencari kebenaran dan memerlukan pengkajian yang lebih mendalam. Falsafah yang akan saya kaji ialah falsafah bagi tokoh Syeikh Hamzah Fansuri yang merupakan seorang penyair dan ulama yang terkemuka. Aliran yang dibawa oleh Hamzah berpunca daripada satu aliran tasawuf yang dipanggil Wahdatul Wujud.

PENGENALAN
Nama sebenar Hamzah Fansuri ialah Syeikh Hamzah Fansuri. Hidup dalam zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah IV (1589-1604H) sehingga zaman pemerintahan SultanIskandar Muda (1607-1636M). Beliau berasal dari Fansur, iaitu perkampungan di antara Gosong Telaga (Acheh Selatan)dengan Kota Singkel. Lahir tahun 1550 dan meninggal dunia pada tahun 1600M. Berperanan besar dalam perkembangan kesusasteraan islam. Beliau penulis kitab-kitab tasawuf dan karya islam lain sehinggakan Syed Naqiub al-Attas mengatakan beliau sebagai pelopor “Sastera Melayu Moden”. Selain itu, terkenal sebagai penyair sufi yang tiada tolok bandingnya sementara anak muridnya Syeikh Syamsuddin Sumaterani telah mengatasi gurunya dalam bidang politik sebagai politikus dan negarawan terulung di zamannya. Beliau mula mengajar di Barus, kemudian di Banda Aceh dan terakhir mendirikan dayah berdekatan Rundeng (singkel). Hamzah Fansuri memangku jawatan ulama yang menjadi penasihat kepada sultan serta ulama-ulama lain. Antara puisinya, ialah Syair Burung Pinggai, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pungguk dan Syair Sidang Fakir.

Manakala karya yang berbentuk prosa pula ialah Sharab Al-Ashiqin, Asrar AlAriffin, Al-Muhtadi dan Ruba’i Hamzah Fansuri.

KUPASAN FALSAFAH
Setelah saya fahami dan mendalami tokoh Hamzah Fansuri dapatlah disimpulkan persoalan falsafah yang dibawa oleh beliau mengenai fahaman Wahdatul Wujudyang merupakan aliran dalam tasawuf. Hal ini berlaku
apabila faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang mahsyur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13 yang menganut aliran syiah yang ekstrim telah datang ke Aceh membawa ajaran Wahdatul Wujud dan kemudiannya mendapat sambutan baik dari Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumaterani. Wahdatul Wujud membawa tumpuan konsep ketuhanan yang kekal dan wujud. Aliran Wahdatul Wujud yang berfahaman wujudnya Allah (Tuhan) serta segala kejadian yang wujud itu sebenarnya Tanazulat Zat serta sifat-sifat Allah. Pada pengertian umumnya, aliran ini menekankan bahawa alam dan Allah adalah sesuatu yang satu. Bersatunya Tuhan dengan manusia yang Manakala, bahawa pengertian Tuhan yang telah mencapai hakiki dan dipercayai telah suci. sebenar Wahdatul Wujud ialah penggambaran menciptakan alam semesta beserta semua isinya. Allah adalah Sang Khalik,Dia-lah yang mencipta manusia, Dia-lah Tuhan yang satu dan kita adalah bayangannya. Aliran ini menekankan aspek kerohanian dalam islam, tumpuan beribadat, dan sentiasa berzikir perasaan cinta kepada Tuhan,dengan penuh khusyuk kepada-Nya. Wahdatul wujuddalam tasawuf menurut Ibnu Khaldun, bererti jalan kebenaran dan tuntutan ; yang pada makna asalnya bertekun dalam melakukan ibadat dan sentiasa menghadap Allah ; menjauhkan diri dari kesenangan dan perhiasan dunia ; memencilkan diri dari kemewahan, kelazatan, kekayaan, dan kemegahan yang menjadi keinginan orang ramai ; bersunyi diri dalam khalwat untuk beribadat dengan amalan yang sedemikian terdapat dalam kalangan sahabat dan salaf.

Jika manusiamemilih jalannnya sendiri mengikut hawa nafsu, maka apa yang ditujuinya itu merupakan suatu ilusi dan kepalsuan daripada hakikat sebenar. Ilmu tasawuf memperkenalkan satu pendekatan keagamaan yang dikenali sebagai pencapaian ilmu melalui kasyf atau intuisi dengan melaksanakan amalan zikir dan cinta kepada Tuhan. Mempertingkatkan pencapaian dalam kerohanian dengan melalui tahap-tahap tertentu, iaitu terekat, ma’arif dan haqiqat. Wahdatul Wujud menekankan hakikat kewujudan manusia atau makhluk sebenarnya bermula daripada Allah dan kebebasan manusia terletak pada mutlak Allah. dan kekal untuk selama-lamanya. Sebagai manusia biasa, adalah wajar bagi kita mematuhi, mentaati Allah adalah yang hakiki
dan melaksanakan kesemua suruhan-Nya dan meninggalkan serta menjauhi perkara yang dilarang dan ditegah oleh-Nya. Allah Tuhan yang satu hanya layak disembah dan sujud patuh terhadap-Nya dan tiada sesiapa pun yang layak disembah selain-Nya. Manakala, Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya. Hal ini dapat dilihat dan dibuktikan melalui rukun islam yang pertama, iaitu mengucap dua kalimah syahadah dan sewaktu menunaikan solat lima waktu ketika tahyat awal mahupun tahyat akhir. Manusia adalah makhluk istimewa pinjaman daripada Allah yang dicipta hanyalah bersifat sementara waktu sahaja, tidak akan kekal selamanya. Diciptakan-Nya manusia bermula daripada tanah dan di situ jualah manusia dikembalikan. Roh makhluk adalah pancaran daripada zat Allah dan apabila masuk ke alam kebendaan, maka ia menjadi kotor. Untuk membolehkan ia kembali ke asalnya, maka ia harus dibersihkan daripada segala kekotoran. Proses pembersihan diri daripada segala kekotoran dilakukan melalui amalan zikir, dan meninggalkan kehidupan kebendaan. Perasaan menginsafi kelemahan dan kekurangan diri setiap insan perlu bagi memuhasabahkan diri kepada Allah. Perlunya kita melengkapkan diri dengan keimanan, ketaatan, dan kepercayaan terhadap Tuhan supaya selamat di hari kemudian. Tiga punca pahala seseorang itu berterusan selepas kematiannya iaitu doa anak yang soleh dan solehah, sedekah jariah dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Pentingnya kita membuat amal kebaikan di dunia dan akhirnya mendapat nikmat balasan yang besar di akhirat. Dengan mencintai Allah sepenuh hati, seseorang akan rela mengorbankan apa sahaja dalam melaksanakan segala perntah-Nya. Jika Allah memahukan sesuatu kejadian terjadi sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran (surah yassin, ayat 82) ; ertinya ; “Bila ia (Allah) mengkehendaki sesuatu Ia berkata ; Jadilah! Maka ia terjadi. Ditegaskan bahawa Allah Yang Maha Sempurna, dan Maha Berkuasa mencipta segalanya. Menyedari hakikat aliran Wahdatul Wujud bahawa segala makhluk itu yang pada asasnya Esa, kerana wujud daripada zat Allah. Zat Allah adalah wujud pada keseluruhan alam yang merupakan sifat, manakala Dia adalah zat. Tidak ada sifat jika tidak adanya zat, hancur dan lenyaplah alam sekiranya tidak ada zat Allah Ta’ala. Ia yang membangunkan alam, Ia yang memberikan rupa kepada alam dan Ia yang mengerakkan alam. Zat Allah itu tidak dapat digambarkan dan diucapkan bukan sahaja oleh kita manusia di bumi ini, juga oleh segala penghuni alam atas.

Ternyata zat Allah itu adalah bersama kita dan berpegang pada zat Allah nescaya kukuh walaupun dugaan besar datang tanpa diduga kerana zat Allah umbi segala-galanya.

KESIMPULAN
Di sini dapatlah disimpulkan falsafah tokoh Syeikh Hamzah Fansuri banyak menyentuh falsafahnya kearah ketuhanan. Hamzah Fansuri telah membangkitkan ilmu keagamaan yang secara tidak langsung memberi nilai positif kepada penbaca dan turut meluaskan ilmu pengetahuan.

Kepercayaan terhadap rukun iman dan Islam menjadi lebih penting dan menjadi asas pegangan hidup manusia dan diamalkan supaya Islam sempurna. hendaklah Sesungguhnya agama disisi Allah ialah agama Islam, mengesakan-Nya, menyembah-Nya dengan taat kita dan menghambakan diri kepada-Nya dengan ikhlas.

Allah bersifat wujud tiada Tuhan selain Allah. Wahdatul Wujud satu “ anugerah” Allah berkenaan ilmu dan rahsia-Nya yang dilemparkan kepada makhluk-Nya yang benar-benar diredhai dan terpilih.

BIBLIOGRAFI

Abdullah B. Mohamed (Nakula), 1980. Falsafah Dan Pemikiran Orang-Orang Melayu. Kuala Lumpur: Tunasjati Sdn. Bhd. A.Hasmy, 1976. Ruba’i Hamzah Fansuri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Pauzi Mahmad, 1999. Sejarah Dan Kritikan Sastera. Selangor: Eastview Publications Sdn. Bhd. V.I.Braginsky, 2003. Satukan Hangat dan dingin....Kehidupan Hamzah fansuri: Pemikir dan Penyair sufi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.bharian.com.my/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamzah Fansuri

No comments:

Post a Comment