ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Thursday, November 25, 2010

DERIA KE 6 – Bolehkah Ia Di Terimapakai?

Sesungguhnya kita manusia pada amnya mengenal dan yakin bahawa manusia mempunyai pancaindera atau 5 indera iaitu:
(1) Penglihatan atau Pandangan
(2) Dengar
(3) Rasa
(4) Hidu
(5) Sentuh

Kelima-lima indera ini menggunakan 5 deria untuk berfungsi:
1. Deria pandang untuk melihat iaitu MATA
2. Deria dengar untuk mendengar iaitu TELINGA
3. Deria rasa untuk merasa iaitu LIDAH
4. Deria bau untuk menghidu iaitu HIDUNG
5. Deria sentuh untuk menyentuh iaitu KULIT

Lima indera atau pancaindera ini adalah hasil kajian para saintis yang bukan beragama Islam yang telah ditanamkan dalam minda kita sejak zaman penjajahan lagi hingga kini. Kalau dilihat dari aspek logika,  kajian itu adalah benar, andainya kita lihat manusia dari sudut haiwani semata-mata. Akan tetapi Islam meletakkan manusia pada satu tingkat yang paling tinggi berbanding haiwan. Manusia bukan sekadar haiwan yang istimewa, tetapi juga adalah makhluk yang dimuliakan.

Islam memandang manusia sebagai insan iaitu haiwan yang dimuliakan. Maka sebagai haiwan yang dimuliakan, manusia sudah tentulah wajib mempunyai perbezaan bilangan indera dengan haiwan-haiwan lain.

Satu lagi keistimewaan yang terdapat pada manusia ialah indera ke 6.  Indera ke 6 bagi manusia ialah fikir. Ia sangat penting dan  amat diperlukan oleh manusia untuk membuat pertimbangan  samada sesuatu perkara atau tindakan itu buruk atau baik. Tanpa indera ke 6 ini, kelima-lima indera haiwani manusia seperti dikemukakan oleh saintis bukan Islam itu, tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Indera dan deria ke 6 ini adalah raja segala indera dan deria, yang dianugerahkan kepada manusia oleh Allah s.w.t.

Indera dan deria inilah yang menjadikan manusia sebagai insan iaitu haiwan yang dimuliakan atau insani. Dan indera dan deria inilah yang membezakan antara manusia sebagai insan (haiwan dimuliakan) dengan haiwan-haiwan lain sebagai binatang. Justeru itu, kegagalan menggunakan indera dan deria yang ke 6 akan menyebabkan manusia lebih hina daripada haiwan sebagai binatang.

Ada kemungkinan besar bahawa indera dan deria ke 6 sangat diketahui oleh cendekiawan dan ilmuan bukan Islam, tetapi mereka sengaja menyembunyikan kepentingannya daripada umat Islam. Mereka cuba mengelirukan umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai istilah “psycho” -  bagi memesongkan  umat Islam daripada mengetahui dan menggunakan deria ke 6 ini.


No comments:

Post a Comment