Antara Penjajahan Minda dan Penjajahan Fizikal [HQ]
Trailer from award-winning documentary, Occupation 101.
Perang dan penjajahan bukan sekadar meninggalkan kesan kemusnahan fizikal bahkan kemusnahan nilai dan peradaban sesuatu bangsa. Sejarah tamadun Islam membuktikan Islam membawa rahmat ke sekalian alam di mana kemaju...an ilmu dan peradaban berkembang lalu memberi kesan yang amat baik kepada manusia sejagat sampai ke hari ini. Namun kejatuhan empayar Islam membawa seribu malapetaka kepada dunia apabila penjajahan demi penjajahan yang berlaku membawa kesan yang sangat buruk. Penjajahan bermula daripada rosaknya masyarakat. Empayar Islam jatuh kerana umat Islam sibuk dengan pertelingkahan sesama sendiri. Pemikiran anak-anak muda dirosakkan. Pemuda-pemudi Islam terus lalai dan leka dalam keseronokan sehingga lupa tanggungjawab menegakkan agama. Para pemimpin sibuk mengejar pangkat dan menumpuk harta. Masyarakat pula ditanam dengan pemikiran sekular dan individualist. Agama dan kehidupan diasing-asingkan. Kubur lain-lain. Tiada lagi amar makruf nahi mungkar. Tiada lagi nasihat-menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Inilah serangan pemikiran. Apabila fasa serangan pemikiran ini telah berjaya, mereka akan menyerang umat ini dalam fasa serangan fizikal. Ketika itu tiada perlawanan kerana umat yang lemah hanya mampu menyerahkan kepala untuk dipenggal. Sedarlah wahai umat Islam. Jadikanlah al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan. Bergabunglah dalam barisan kaum muslimin yang ikhlas memperjuangkan agama ini. Kuatkan iman tingkatkan amal soleh. Jadilah jundullah, tentera-tentera Allah. Bukan sekadar pemerhati. Kita susun dan rapatkan barisan. Moga pertolongan Allah bersama kita insyaAllah. "Sesunnguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh." (Surah As-Saff: 4)
No comments:
Post a Comment