ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, November 23, 2010

AGAMA ISLAM - " Mengapa Hidup Perlu Beragama "

AGAMA itu adalah pegangan yang menjadi pilihan setiap individu dalam kehidupannya.
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
Pernyataan seperti jampi,mantera dan kalimat suci.
Benda-benda material yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk.
Manusia yang tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.

ISLAM itu ialah kamu memberi kesaksian bahawa sesungguhnya ‘ Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah . Kamu mendirikan solat , mengeluarkan zakat , berpuasa Ramadhan dan mengerjakan haji jika kamu mampu… ’
i – ketundukan , kepatuhan dan penyerahan diri kepada segala yang disampaikan oleh Rasullah s.a.w.
ii - membawa kepada keamanan , kedamaian dan kesentosaan hidup .
iii – berasal dari perkataan Arab iaitu salima kepada aslama yang menjadi kata dasar bagi Islam .

IMAN itu adalah kamu beriman kepada Allah , beriman kepada malaikat-Nya , kitab-kitabNya , rasul – rasulNya , hari akhirat dan beriman kepada segala ketentuanNya samada baik atau buruk . Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

IHSAN itu adalah kamu beribadah kepada Allah seolah – olah kamu merasakan kamu melihat Allah . Jika kamu tidak dapat merasakan seolah – olah kamu melihat Allah , hendaklah kamu merasakan bahawa Allah melihat kamu .

AMAL itu adalah ketundukan zahir yang mutlak kepada Allah . Asas – asasnya ialah rukun – rukun Islam iaitu menunaikan dan menghayati tuntutan aqidah dan syariat dengan niat yang betul dan hati yang penuh ikhlas , khusyu’ dan tawadhuk kepada Allah .

AQIDAH itu adalah aspek keyakinan dan kepercayaan dalam agama Islam yang berkait dengan anggota dalaman atau batin manusia iaitu akal dan hatinya . Ajaran yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang mesti diketahui dan difahami oleh setiap Muslim dengan akal dan seteguhnya dengan hati .

SYARIAT/SYARIAH itu adalah aspek amali atau praktikal dalam agama Islam yang berkait dengan anggota luaran atau zahir manusia merangkumi segala percakapan , perbuatan , nilai - nilai amalan , tindak – tanduk dan perilaku dalam segenap aspek dan ruang kehidupan . Ajaran yang mengandungi jalan – jalan atau cara – cara beribadah , prinsip – prinsip kehidupan dan kemasyarakatan , peraturan dan undang – undang antara sesama hamba Allah , yang merangkumi segenap interaksi dan perhubungan antara mereka serta batasan antara halal dan haram yang melibatkan ilmu jinayat dan akhlak .

FIQAH itu adalah amat mengambilkira keadaan dan suasana manusia dalam menetapkan hukum – hakam dan peraturannya yang bersifat dengan ideal , tetapi pada masa yang sama realistik agar Islam dapat membimbing manusia merealisasikan kesempurnaan atau keunggulan bagi dirinya dengan mudah , seimbang , menyeluruh dan menepati kehendak dan kemampuan fitrahnya tanpa sebarang tekanan dan hambatan dengan tujuan menjaga dan memelihara maslahah – maslahah manusia yakni perkaa – perkara penting yang menentukan kelangsungan hidup mereka didunia dan akhirat dimana ia meliputi perkaitan antara 5 perkara iaitu : -


ibadah dan hal ehwal manusia
1 – agama
2 - nyawa / diri
3 - akal
4 - keturunan
5 – harta – benda

IBADAH itu adalah amalan atau persembahan kepada Allah , Tuhan yang Maha Kaya , tidak perlu sebarang manfaat namun hikmah darinya mempunyai ikatan rapat dengan kemanusiaan yang akan kembali kepada manusia yang membentuk akhlaknya serta adab dan etika yang merangkumi aspek munakahat ( panduan asas perkahwinan dan rumahtangga ) dan muamalat ( panduan-panduan asas dalam pelbagai urusan harian dalam membina hubungan sesama manusia ) . Memperincikan peranan niat di dalam segala kegiatan dan amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal perbuatan itu bergantung pada niatnya.

Sistem – sistem yang bersifat rabbani pada cabang dan perinciannya adakalanya hasil ijtihad ( pendapat ) para ulama .
** rabbani – sesuatu yang dinisbahkan atau disandarkan kepada Rabb , yakni Tuhan ( agama keTuhanan dan bukannya ‘free – thinker’ ) .

TAUHID itu adalah mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya , yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan . Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah . Mengetahui , berikrar , mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT) semata-mata . Selain daripada-Nya , sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah . Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati , menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan .

TASAWWUR itu adalah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela . Bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
Melahirkan ahli sufi .

USULLUDDIN itu adalah ilmu tauhid . Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh . Dari segi bahasa , Usul bererti asas , sumber , kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara . Dari segi syarak pula , al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili. Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh , maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh . Ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili .

TAJWID itu adalah suatu disiplin ilmu mempunyai kaedah-kaedah tertentu yang harus dipedomani dalam pengucapan huruf-huruf dari makhrajnya disamping harus pula diperhatikan hubungan setiap huruf dengan yang sebelum dan sesudahnya dalam cara pengucapannya . Oleh karena itu , tajwid tidak dapat diperoleh hanya sekadar dipelajari namun juga harus melalui latihan , praktis , dan menirukan orang yang baik bacaannya .

TARIQAT / TAREKAT itu adalah jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dari sudut istilah ia merujuk kepada aliran-aliran yang wujud dalam amalan tasawwuf atau amalan penyucian hati dan jiwa yang selalunya difokuskan kepada pengamalan zikir-zikir tertentu yang disusun dan dihimpunkan oleh tokoh-tokoh ulama tertentu.

MUAMALAT itu adalah panduan-panduan asas dalam pelbagai urusan harian dalam membina hubungan sesama manusia . Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat . Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

MUNAKAHAT itu adalah panduan asas perkahwinan dan rumahtangga yang meliputi peraturan-peraturan yang mengatur masalah pernikahan seperti pertunangan, mas kawin, talak / thalaq / perceraian, rujuk, muhrim, dan sebagainya. Lebih jelas disebut sebagai Fiqh undang – undang kekeluargaan atau sistem pengurusan perkahwinan .

MAZHAB itu adalah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.
Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.
Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.
Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.
Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.
Mazhab dalam Kristian pula seringkali disebut denominasi.

FARAIDH itu adalah peraturan undang-undang yang mengatur pembahagian harta pusaka. Ia adalah sistem yang mengapungkan harta untuk dikhususkan kegunaan manfaatnya oleh pihak-pihak tertentu yang dinyatakan oleh pembuat wakaf dengan tujuan semata-mata untuk berdamping kepada Allah S.W.T.. Berbentuk jamak dari al-faridhah yang bermakna sesuatu yang diwajibkan, atau pembagian yang telah ditentukan sesuai dengan kadarnya masing-masing. Ilmu faraid adalah ilmu yang mempelajari tentang perhitungan dan tata cara pembagian harta warisan untuk setiap ahli waris berdasarkan syariat Islam.

JIHAD itu adalah segala bentuk aturan yang mengatur mengenai permasalahan perang, misalnya seperti harta rampasan perang, tawanan perang, dan lain sebagainya. Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah “al-Juhd” ( ), yang bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya. Dalam pengertian yang lain, Jihad adalah mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

JINAYAT itu adalah maklumat tentang kesalahan jenayah dan jenis hukuman di dalam Islam . Yakni , perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.
Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.
Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-
1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.
5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam

TARANNUM itu adalah suatu ilmu atau qaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama: alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran.

Tarannum dan ilmu al-aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat dipisahkan kerana tarannum (lagu)


QIRAAT itu adalah ilmu-ilmu tentang Al-Quran yang membicarakan kaidah membaca Al-Quran. Ilmu itu disandarkan kepada Imam periwayat dan pengembangnya yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW. Cara pengambilan ilmu ini adalah dg cara ‘talaqi’ yaitu dengan memperhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru ketika melafazkan ayat-ayat Al-Quran. “Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah kamu mana yang mudah daripadanya.”(HR Bukhari dan Muslim).

SYIAR itu adalah 

SYIRIK itu adalah 

ISTIQOMAH itu adalah 

QANA AH itu adalah rela dan menerima pemberian Allah subhanahu wata'ala apa adanya. rela menerima dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, serta menjauhkan diri dari sifat tidak puas dan merasa kurang yang berlebihan.

WASATIAH itu adalah keseimbangan dan kesepaduan dalam kehidupan bagi dunia dan akhirat mengikut petunjuk Allah S.W.T.sikap tidak yang keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan samada dalam pemikiran atau tingkahlaku.

Tahsin membawa maksud pembaikan yakni memperbaiki bacaan al-Quran agar kita membaca al-Quran mengikut hukum tajwid.

Tawadhu’ adalah lawan kata dari takabbur (sombong). Ia berasal dari lafadz Adl-Dla’ah yang berarti kerelaan manusia terhadap kedudukan yang lebih rendah, atau rendah hati terhadap orang yang beriman, atau mau menerima kebenaran, apapun bentuknya dan dari siapa pun asalnya.

Seseorang belum dikatakan tawadhu’ kecuali jika telah melenyapkan kesombongan yang ada dalam dirinya. Semakin kecil sifat kesombongan dalam diri seseorang, semakin sempurnalah ketawadhu’annya dan begitu juga sebaliknya. Ahmad Al Anthaki berkata : “Tawadhu’ yang paling bermanfaat adalah yang dapat mengikis kesombongan dari dirimu dan yang dapat memadamkan api (menahan) amarahmu”. Yang dimaksud amarah di situ adalah amarah karena ke-pentingan pribadi yang merasa berhak mendapatkan lebih dari apa yang semestinya diperoleh, sehingga membuatnya tertipu dan membanggakan diri (Kitab Ihya ‘Ulumuddin, Al Ghazali).

ILMU
FARDHU AIN itu adalah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam. Ia merupakan tanggungjawab individu. Dalam fardhu ain ada Tauhid yang menghurai tentang aqidah, ada Fiqh yang membincang tentang syariat dan ada Tasauf yang menerangkan tentang akhlak. Kesemua ini mesti dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu Islam. Ia merujuk kepada ilmu-ilmu yang berasaskan kepada tanggungjawab di peringkat individu kepada Allah SWT.Suatu kadar ilmu agama yang ‘dia’ perlu tahu, ianya terdiri daripada akidah, bersuci, solat, puasa, zakat bagi orang diwajibkan untuk mengeluarkannya, haji bagi orang yang berkemampuan, maksiat-maksiat hati, tangan, mata dan sebagainya.Allah ta’ala berfirman:قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَMaknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”. [Surah al-Zumar: 9]Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wasallam bersabda:طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍMaknanya: “Menuntut ilmu agama (yang daruri atau teras itu) adalah wajib ke atas setiap muslim”. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi]

FARDHU KIFAYAH itu adalah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian ahli masyarakat. Ia merupakan tanggungjawab sosial. Dalam fardhu kifayah ada bidang pembangunan, ekonomi, sosial, politik, kedoktoran, perundangan, kebudayaan, dan sebagainya. Dalam setiap bidang, kalau sudah ada ahli masyarakat berkenaan yang terlibat, orang lain dalam masyarakat berkenaan tidak lagi wajib terlibat. Semua sudah terlepas dari tanggungjawab sosial itu. menyentuh kehidupan manusia bermasyarakat seperti sains, bahasa, geografi, alam sekitar, bertukang, memasak dan sebagainya.

HADITH itu adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran. Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari segi konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan apa yang palsu dalam hadis-hadis itu.

SUNNAH itu adalah “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'." Ia adalah himpunan pengisahan dan keizinan.
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapanperibadiakhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *
Menurut Syiah pula, perkataan 'Sunnah' bererti perbuatan, ucapan dan kebenaran Nabi Muhammad dan dua belas Imam yang dipercayai oleh puak Syiah sebagai dipilih Allah bagi menggantikan rasul dan memimpin manusia dalam semua cara hidup.

DALIL AQLI itu adalah... dalil yang bersumber dari akal (aqli dalam bahasa Arab = akal).[1] Allah S.W.T hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal, kerana hanya mereka yang dapat memahami agama dan syariat-Nya.
Allah S.W.T berfirman: Ertinya :
"Dan merupakan peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal." [Surah Shaad: 43]

DALIL NAQLI itu adalah... dalil-dalil yang bersumberkan dari Al-QuranHadisIjmak dan Qiyas.
** MA’SHUM - Nabi serta Rasul dalam menyampaikan dan menerima wahyu dari Allah SWT selalu dijaga dari perbuatan dosa dan salah.

TAQWA itu adalah senantiasa menjauhkan dirinya daripada tingkah laku atau perbuatan yang dimurkai Allah dan tetap mematuhi perintah-Nya dengan kesedaran diri, ikhlas dan tanpa rasa terpaksa.
Orang yang bertakwa sesungguhnya tercermin pada akhlak serta keperibadiannya di mana jelas nampak begitu indah dan menawan. Diterangkan dalam al-Quran tanda atau ciri orang yang terhias dirinya dengan sifat takwa.
Firman Allah yang bermaksud: “Al-Quran itu jangan diragukan, ada mengandungi petunjuk bagi orang yang takwa. Iaitu orang yang beriman kepada yang ghaib, dan orang yang mengerjakan solat, dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” - (Surah al-Baqarah, ayat 2-3)

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah menyelamatkan orang yang bertakwa kerana kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab (neraka dan tidak pula mereka berduka cita.” - (Surah az-Zumar, ayat 61)

TAWAKAL itu adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah Ta’ala untuk mendapatkan kemaslahatan serta mencegah bahaya, baik menyangkut urusan dunia maupun akhirat , menampakkan kelemahan serta penyandaran (diri) kepada yang ditawakali. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, ”Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan jadikan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari arah yang tiada ia sangka-sangka, dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, maka Dia itu cukup baginya.” (Ath Tholaq: 2-3)
Imam Ahmad mengatakan, ”Tawakal berarti memutuskan pencarian disertai keputus-asaan terhadap makhluk.” Al Hafizh Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, ”Tawakal yaitu memalingkan pandangan dari berbagai sebab setelah sebab disiapkan.”
Ibnul Qayyim berkata, ”Tawakal adalah faktor paling utama yang bisa mempertahankan seseorang ketika tidak memiliki kekuatan dari serangan makhluk lainnya yang menindas serta memusuhinya. Tawakal adalah sarana yang paling ampuh untuk menghadapi keadaan seperti itu, kerana ia telah menjadikan Allah sebagai pelindungnya atau yang memberinya kecukupan. Maka barang siapa yang menjadikan Allah sebagai pelindungnya serta yang memberinya kecukupan, maka musuhnya itu tak akan bisa mendatangkan bahaya padanya.” (Bada’i Al-Fawa’id 2/268)
Nabi kita yang mulia telah menyerupakan orang yang bertawakal dan diberi rezeki itu dengan burung yang pergi di pagi hari untuk mencari rezeki dan pulang pada sore hari, padahal burung itu tidak memiliki sandaran apapun, baik perdagangan, pertanian, fabrik atau pekerjaan tertentu. Ia keluar berbekal tawakal kepada Allah Yang Maha Esa sebagai tempat bergantung.
Dalam riwayat Imam Al-Qudha’i disebutkan bahwa Amr bin Umayah Radhiyallohu ‘anhu berkata, “Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah!! Apakah aku ikat dahulu unta tungganganku lalu aku bertawakal kepada Allah, ataukah aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakal?’, Beliau menjawab, ‘Ikatlah untamu lalu bertawakallah kepada Allah.” (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakal, no. 633, 1/36 (Sumber: Tawakal)
Segala puji bagi Dia yang menguasai hati-hati kita , perancangan sesuatu kerja itu sangat penting. Tanpa ada sebarang strategi, boleh jadi kita hanya mengundang kegagalan.  Didahului dengan doa, kemudian disusuli dengan usaha dan diakhiri dengan berserah kepada Allah Yang Maha Esa…

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, akan gementar hatinya, dan dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, akan bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka berserah. (Al-anfal:2)”

Ulama Salaf (Ahlus Sunnah) senntiasa mendahulukan naql (wahyu) atas ‘aql (akal). Naql adalah dalil-dalil syar’i yang tertuang dalam Al-Quran dan as-Sunnah. Sedangkan yang dimaksud dengan akal ialah, dalil-dalil ‘aqli yang dibuat oleh para ulama ilmu kalam dan mereka jadikan sebagai agama yang menundukkan/mengalahkan dalil-dalil syar’i.
Mendahulukan dalil naqli atas dalil akal bukan berarti Ahlus Sunnah tidak menggunakan akal. Tetapi maksudnya adalah dalam menetapkan aqidah mereka tidak menempuh cara seperti yang ditempuh para ahli kalam yang menggunakan rasio semata untuk memahami masalah-masalah yang sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal dan menolak dalil naqli (dalil syar’i) yang bertentangan dengan akal mereka atau rasional mereka.

Kitab suci Al-Qur'an mengandungi hukum-hukum yang bertujuan untuk mengatur kehidupan umat manusia agar dapat hidup bahagia, tenteram, makmur dan sejahtera .

Perlaksanaan Islam dalam diri individu , masyarakat dan negara . Asasnya harus bersungguh – sungguh , syumul , seimbang dan berperingkat – peringkat malah berterusan .

Begitulah keunggulan tamadun Islam diakhir zaman…



KEWIBAWAAN ILMU DAN CITA – CITA KE‘ISLAM’AN
* cara – cara manusia mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan atau cara manusia mentadbir dan menguruskannya .
* memerintahkan penganutnya supaya menikmati kehidupan dunia sambil bersyukur kepada TuhanNya sebagai pencipta .
* keperibadian manusia terhadap diri sendiri dan sebagai anggota masyarakat adalah hak, keperluan dan kewajipan tersendiri .
* makanan JASAD adalah RUH dalam ruang kehidupan diri dan  masyarakat

1. moral
2. politik
3. sosial
4. ekonomi
5. falsafah dan struktur
6. antarabangsa ( teknologi )

# SISTEM HIDUP atas landasan makrifatullah dan kesetiaan kepada aturan – aturan yang telah ditentukan Allah sebagai Tuhan yang merangkumi konsep kepercayaan ( iktikad ) yang menjelaskan hakikat kewujudan alam serta menentukan kedudukan manusia dalam alam disamping menentukan matlamat hidup insan . “Hanya dengan kepatuhan kepada kehendak Allah dan tunduk kepada hukum – hakamNya , manusia dapat mencapai kedamaian dan kesejahteraan hidup .”
# AGAMA ALLAH tidak datang untuk membatalkan , menakut – nakutkan , memberatkan atau menafikan akal tetapi untuk membantu dan memberi pedoman dan panduan kepadanya .
# SEJARAH membuktikan , bersama munculnya agama Allah , muncullah ilmu dan kemajuan . Bersama kedatangan nabi atau rasul , maka akan menyusullah kemudian , tamadun .
# AKHIR ZAMAN itu adalah apa yang telah lama ditemukan oleh agama , sains masih diperingkat awal mencarinya . Agama sejak awal lagi menegaskan bahawa alam ini ada penciptanya dan perjalanannya bakal berpengakhiran , namun sains ( khususnya yang dipelopori oleh Barat ) , pada awalnya menafikan hakikat ini hinggalah mutakhir ini barulah para saintis mula mengakuinya setelah kajian mereka membuktikan bahawa alam ini sememangnya ada permulaannya dan keadaannya semakin mengembang dan lambat – laun akan musnah .

“Pengakhiran sains adalah permulaan falsafah , pengakhiran falsafah adalah permulaan agama”                                                                                          – Prof. Hamka

Sains juga gagal menemukan penawar bagi jiwa dan rohani manusia . Manusia moden hari ini hidup dalam serba kecanggihan dan kemewahan , namun jiwa dan rohani mereka kosong , resah dan gelisah . Ini membuktikan apabila stress menjadi penyakit yang amat dibimbangi dalam masyarakat moden hari ini . Dari penyakit stress inilah timbulnya pelbagai krisis dan gejala sosial yang semakin meningkat dan berleluasa . Sikap memandang sepi kepada agama menyebabkan masalah ini semakin buruk , dan jalan kepada penyelesaiannya kian buntu . Kegagalan yang menimpa pengguna sains dan ahli-ahlinya juga menimpa falsafah dan ideologi ciptaan manusia . Sebagaimana sains , falsafah dan ideologi juga tidak berupaya menjelaskan kepada manusia hakikat kehidupan serta masih gagal mengemukakan teori – teori yang benar – benar mantap malah realistik bagi menangani masalah politik , ekonomi , sosial , psikologi dan sebagainya dalam masyarakat manusia .


SEJARAH MANUSIA DAN IBLIS / SYAITAN

Daripada kisah Adam dan iblis (rujuk ayat 30 hingga 38 surah Al Baqarah), banyak pengajaran yang boleh kita perolehi untuk mengetahui apakah Islam yang sebenar.1) Untuk menyuruh para malaikat sujud kepada Adam, Allah buktikan secara logik, kenapa Adam layak dijadikan sebagai khalifah. Allah tidak suruh para malaikat sujud kepada Adam secara membuta-tuli. Jadi, jika datang kepada kita ajaran yang suruh kita sujud membuta-tuli (tanpa dibuktikan secara lojik), itukah ajaran Allah? 2) Allah menilai makhlukNya pada ilmu yang ada di dalam dada. Adam layak diangkat sebagai khalifah kerana memiliki ilmu yang tinggi berbanding para malaikat. Di sini kita nampak, matlamat manusia diciptakan untuk hidup mengejar ilmu, kerana ilmu itu bersifat kekal dan ilmu itulah adalah untuk akhirat. Jadi, patutkah kita hidup bermalas-malasan tidak mahu mengejar ilmu? 3) Iblis menilai pada paras rupa. Dia beranggapan, kerana diciptakan daripada api, dirinya lebih baik daripada Adam, walaupun ilmunya rendah berbanding Adam. Jadi, apabila ada manusia mementingkan amalan lahiriahnya untuk menyangka mereka kaum yang mulia (Islamik), sedangkan ilmu mereka rendah, hakikatnya perangai mereka samalah seperti iblis itu.

4) Manusia diciptakan memang untuk dimasukkan ke dalam syurga asalkan dia mengikut fitrah kejadiannya yang mempunyai akal yang boleh dipertingkatkan keupayaannya apabila berpegang kepada ajaran2 yang ada logiknya. 5) Namun syaitan berusaha memesongkan manusia dengan mengajak mereka kepada ajaran2 yang tiada logiknya sehingga akal manusia itu jadi terbatas. Bila mereka malas berfikir, mudah syaitan meniup perasaan ego, dengki, dendam, permusuhan sehingga mereka mengikut jejak iblis. Jadilah mereka penghuni2 neraka.

6) Malaikat hanya sujud kepada manusia yang fitrahnya seperti Adam iaitu manusia yang lebih berpengetahuan tinggi daripada malaikat. Oleh kerana malaikat hanya tahu perkara2 yang telah diajar, maka manusia kena sentiasa meningkatkan ilmunya bukan setakat ilmu yang sudah sedia ada, sebaliknya perlu memikirkan ilmu yang belum pernah diterokai lagi. 7) Kunci untuk malaikat patuh dan sujud kepada manusia adalah pada kebijaksanaan manusia itu. Lagi rajin manusia itu meneroka ilmu2 baru, lagi mudah hidupnya kerana para malaikat membantu mereka. Sebab itulah kita lihat bangsa2 yang rajin meneroka ilmu2 baru, bangsa itulah yang diperkuatkan dan dimenangkan kerana para malaikat membantu mereka.

Malaikat hanya melakukan apa yang diperintahkan Allah. Malaikat tidak akan menolong manusia melainkan Allah yang memerintahkan mereka melakukannya. Seperti yang berlaku dalam Perang Badar Kubra tu.

Semua di langit dan di bumi ini tunduk pada perintah Allah. Allah hanya menetapkan hukum manusia macam mana yang layak dibantu, dan manusia macam mana yang layak ditimpa bencana. Dan para malaikatlah yang menggerakkan itu semua selepas dapat perintah yang melayakkan keadaan itu terjadi.Oleh itu, sebagai manusia, kita kena sentiasa beringat yang hidup kita ini sentiasa diperhatikan. Jangan anggap kita boleh buat tindakan sesuka hati kita tanpa berfikir kesan2 yang bakal menimpa di masa2 akan datang. Sebab itulah pentingnya kita berfikiran jauh ke hadapan. Seperti nak main chess, kena pandai berfikir beberapan step ke depan.



PEMERINTAH DAN AL-QURAN

Pemerintah dorong pengamalan Al-Quran dalam mencari pemimpin akhir zaman.
By Editor • July 13, 2009
Oleh WAHBA

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, susunan Haji Zainal Abidin Safarwan, terbitan UPND 1995 mendefinisikan ulama sebagai: 1. malim, orang alim yang menguasai sedikitnya tiga belas ilmu dasar, antaranya ilmu usul ,fiqh, nahu syaraf, taksir dan hadis, pendeta, pakar, diaken, guru agama (ahli dalam pengetahuan agama Islam), 2. cerdik pandai, jamhur, 3. pedanda, rohaniwan.

Kamus Dewan, susunan T. Iskandar terbitan DBP 1970 pula mendefinasikan ulama sebagai: orang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam.

Dari sudut agama pula, penulis Abdullah Hinduan dalam artikelnya berjudul “Posisi dan Peranan Ulama dan Islam” (Jurnalislam.com) berkata ulama itu asalnya daripada perkataan Arab berbentuk jamak daripada isim fiil “alim” yang diambil dari asal kata “alima-ya’lamu”, yang bererti mengetahui.

‘Alim’ ialah orang yang mengetahui (berilmu atau ilmuwan), bentuk jamaknya adalah ulama atau alimun (para ilmuwan). Jadi kata ulama dalam bahasa Arab bererti para ilmuwan, baik ilmu agama atau ilmuwan umum.

Istilah ulama menurut generasi awal kaum Muslimin meliputi para pengajar, penghafal al-Quran, para pakar dan perawi hadis-nabawi, para fuqaha, mufti dan para kadi. Tetapi sekarang istilah ulama meliputi para ustaz, para imam, khatib jumaat, para pakar ilmu tafsir, pakar hadis, sejarah, falsafah dan teologi atau mereka yang meluangkan waktunya menuntut ilmu agama (Islam) di sekolah pondok, pesantren atau institusi pengajian tinggi dan berhasil memahami secara mendalam sebahagian daripada ilmu seperti tafsir, hadis, sastera Arab, sejarah, fiqh, falsafah, teologi, dan lain-lain.

Pada kebiasaannya, orang yang bejaya menguasai ilmu-ilmu ini memanfaatkannya ilmunya kepada orang lain dengan cara mengajar atau menyebar ilmu itu kepada masyarakat Islam yang lain.

Dalam erti kata lain, ulama ialah orang yang belajar dan berjaya menguasai sebahagian daripada ilmu-ilmu itu dan secara aktif pula mengajarkannya kepada masyarakat,baik di rumah, di sekolah, di pondok, di masjid atau di pesantren.

Ulama itu pula kerana kemampuannya menguasai berbagai-bagai ilmu agama dan menyebarkannya kepada masyarakat untuk kebaikan sering dikaitkan sebagai ulama pewaris nabi atau “ulama warisatul anbia”.

Definisi ulama warisatul anbia ialah sebagai ulama yang mewarisi atau mempusakai daripada Nabi s.a.w dalam perkara menjaga agama dan mentadbir dunia mengikut acuan dan ajaran agama. Ulama perlu peka dan arif serta mengetahui apa yang berlaku di sekitarnya.

Multaqa Ulama Kebangsaan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diadakan pada 29 Jun hingga 1 Julai 2004 di Kuala Lumpur merumuskan 14 resolusi mengenai ulama.

Ulama adalah orang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang ilmu Islam.
Ulama perlu membina jambatan dengan pelbagai pihak dalam masyarakat tanpa mengambil kira kecenderungan pemikiran mereka. Mereka tidak boleh sama sekali memisah dan memencil diri dalam dunia keulamaan yang berasingan daripada realiti masyarakat.
Ulama dahulu matang dari segi rohani dan matang juga dari segi akal. Keadaan yang seimbang ini menyebabkan ulama zaman dahulu dihormati dan disanjung tinggi sehingga ke hari ini.
Tugas menyebar dan menjaga agama yang diutus melalui Nabi Muhammad s.a.w adalah tanggungjawab Khulafa Al Rasyidun selepas baginda wafat dan selepas itu ia menjadi tanggungjawab para ulama. Dengan itu para ulama yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai pewaris para nabi itu mesti memikul tanggungjawab itu sehingga ke hari akhirat.
Ulama mempunyai pendekatan politik tersendiri dalam pemikiran Islam dan pendekatan itu dipanggil siasah ulama. Ia bermaksud politik atau polisi ulama. Siasah ulama ini mesti menuju ke arah menyatupadukan ummah dan bukan memecahbelahkan mereka.
Siasah ulama merupakan kesinambungan kepada siasah Rasulullah s.a.w dan siasah Khualafa Al Rasyidin. Dengan itu dalam melaksanakan pendekatan politik ini para ulama mesti mengambil contoh keperibadian Rasulullah dan Khulafa Rasyidin.
Ulama perlu menjadikan kitab Muqaddimah Ibn Khaldun sebagai rujukan baku (standard) mereka. Dalam kitab itu, Ibn khaldun menjelaskan kesepaduan antara ulama dengan ilmuwan/saintis dan keserasian antara ilmu-ilmu syriah (agama) dengan ilmu-ilmu aqliah (dunia/rasional).
Ulama mesti mempunyai ilmu dan percakapan mereka selari dengan perbuatan mereka.
Ulama mesti sentiasa mengambil berat dalam ”menatarkan” (mementingkan keseimbangan) dengan pelbagai bidang ilmu agama dan ilmu dunia.
Ulama juga mesti sentiasa mengambil berat tentang ilmu yang menyuburkan dan membersihkan batin dan hati.
Ulama mesti memberi perhatian kepada penghasilan ilmu yang berfaedah dan membukukan karya keilmuan mereka.
Ulama mesti tidak mengamalkan kehidupan mewah yang berlebih-lebihan sebaliknya mereka memadai setakat menjaga nama dan maruah mereka sahaja.
Ulama jika mendampingi pemerintah mesti dengan tujuan menjayakan seruan agama dan perkara itu mesti dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana mahu mendapat ganjara berupakan harta benda.
Ulama perlu menghormti perbezaan pendapat dan menyatakan perbezaan pendapat itu dengan cara lemah lembut dan penuh beradab.

Di dalam masyarakat Islam, ulama dianggap orang yang mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam, kerana itu mereka menjadi tempat rujukan, tempat orang belajar dan tempat orang mendapat panduan mengenai bentuk kehidupan menurut acuan syariat.

Kata-kata yang terbit daripada mulut ulama didengar dan dipatuhi. Ulama sentiasa bercakap benar, tidak berdusta dan tidak menipu. Ulama sentiasa berusaha menyeru orang ke arah kebaikan. Kerana ulama berilmu dan peranannya yang murni dan suci itu maka mereka dihormati oleh masyarakat.

Ulama dianggap orang yang bertanggungjawab membawa sesebuah masyarakat Islam dan negara ke destinasi yang diredai Allah. Ulama dianggap pendorong penting dalam usaha membina atau membangun tamadun Islam. Ulama dan pemerintah saling perlu memerlukan. Pemerintah yang baik dan bijak tidak menyisihkan ulama. Ulama tempat merujuk segala permasalahan mengenai agama (Islam).

Jika dirujuk perkataan ulama itu sendiri dari segi bahasa adalah nama jamak (jam’u) bagi alim yang diambil daripada kata kerja (fi’il) bahasa Arab Alima Ya’lamu, ertinya tahu atau mengetahui. Jadi alim itu ialah orang yang tahu dan ulama itu membawa maksud orang-orang yang tahu.

Di dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam sudah menjadi kebiasaan bagi mereka menggunakan perkataan ulama dalam bentuk jamak (plural) untuk pengertian alim iaitu seseorang yang mengetahui tentang selok belok agama (Islam).

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang mengandungi pengertian bahawa ulama itu adalah orang-orang yang mengetahui tentang agama.

Di antara ayat-ayatnya ialah seperti berikut (maksudnya):

”Maka hendaklah kamu bertanya ahli dhikr (ahli-ahli kitab yang terdahulu) sekiranya kamu tidak tahu.” (an-Nahl: 43)
”Dan contoh-contoh itu Kami (Allah) bawakan kepada manusia dan tidak (ada orang yang) mengetahuinya melainkan orang-orang alim.” (al-Ankabut: 43)
”Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama oranag-orang yang tahu dan tidak tahu? Demi sesungguhnya orang-orang yang (sentiasa) ingat (kepada Allah) ialah orang yang mempunyai akal (berilmu).” (az-Zumar: 9)

Demikian beberapa ayat yang terdapat di dalam kitab suci al-Quran yang menunjukkan betapa pentingnya orang-orang alim (ulama) yang boleh menjadi tempat rujukan mengenai sesuatu masalah yang timbul di dalam masyarakat.

Islam ialah agama yang hidup,dinamik dan tidak beku. Yang membekukannya ialah para pengamalnya, iaitu umatnya sendiri. Kekeliruan dan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam masakini kerana umat Islam itu sendiri tidak memahami dan mengamalkan ajaran Islam secara total.

Institusi ulama hendaklah diberi peranan penting dan lebih besar dalam menyuarakan perkara berkaitan dengan agama, khususnya dalam membina ummah yang bertunjangkan teras keimanan dan ketakwaan yang tinggi.

Ulama hendaklah diberi peranan dalam usaha kita mewujudkan generasi yang bercirikan ulu-al-bab atau cendekiawan. Kamus Dewan edisi ketiga mendefinisikan cendekiawan sebagai golongan cerdik pandai, terpelajar dan intelektual.

Daripada buku Ulu-al-bab Konsep dan Pengertian Menurut Syarak, tulisan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, (terbitan Maidam, 2006) disebut beberapa hadis mengenai perkara tersebut, antaranya hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad, at-Tirmizi, Ibn Majah, al-Hakim, al-Qudaie dan al-Askari menyebut, (bermaksud): “Orang yang cerdik itu ialah siapa yang muhasabah dirinya dan beramal untuk selepas mati.”

Di dalam buku itu, kriteria masyarakat ulu-al-bab, berdasarkan kepada sumber al-Quran, as-Sunnah dan pandangan ulama terdapat kira-kira 12 ciri yang boleh dianggap menepati kehendak ulu al-bab itu, iaitu:

i. Berilmu
ii. Sentiasa zikrullah
iii. Sentiasa berdoa
iv. Memberi manafaat kepada manusia
v. Menunjukkan jalan hidayah kepada manusia
vi. Memandu manusia ke akhirat
vii. Melaksanakan ‘amar makruf nahi munkar’
viii. Mempunyai fikiran yang baik
ix. Mengutamakan maslahat ammah
x. Memendekkan angan-angan
xi. Tidak mengikut hawa nafsu
xii. Mengambil iktibar atas takdir Ilahi

Dr.Zulkifli menyebutkan juga dalam bukunya itu beberapa contoh tokoh yang boleh dikategorikan termasuk dalam ulu al-bab itu, antaranya:

i. Umar ibn Abd al-Aziz, pemimpin yang warak lagi zuhud.
ii. Abu al-Hassan al-Ashaari, pemimpin ahli sunnah.
iii. Sheikh Abd al-Qadir al-Jilani, penghulu ahli sufi.
iv. Nuruddin Al-Zangi, pemimpin yang berani membela Islam.
v. Salahuddin al-Ayyubi, panglima perang yang pintar.
vi. Ibn Khaldun, pakar sejarah dan sosiologi yang terkenal di Timur dan di Barat.
vii. Al-Biruni, pakar astronomi, sejarah dan bahasa yang disegani.
viii. Ibn Sina, cendekiawan dan saintis yang dikagumi.

Banyak lagi contoh bijak pandai Muslim yang dikagumi di dunia timur dan di dunia barat kerana pencapaian ilmunya yang tinggi.

Ulama-ulama dahulu kala telah berjaya meletakkan Islam di tempat yang tinggi kerana berjaya mencetuskan tamadun Islam yang tiada tolakbandingnya. Ulama kita hari ini hendaklah diberikan peranan lebih besar dan meluas dalam usaha mewujudkan golongan ulu al-bab atau golongan cerdik pandai ini yang berteraskan keimanan dan ketakwaan yang tinggi.

Ayat berikut mungkin boleh dijadikan renungan: ”Demi sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambanya adalah orang-orang alim” (surah Faatir: 28)

Orang-orang alim yang dimaksudkan ialah orang-orang yang berilmu, dunia dan akhirat. Orang-orang yang mencari ilmu kerana Allah dan menggunakan ilmu kerana Allah.

Ulama dan intelektual hendaklah bersama-sama berusaha menyedarkan seluruh umat Islam akan tanggungjawab dan peranan mereka di muka bumi ini. Manusia dilantik sebagai khalifah di bumi ini tetapi malangnya kerana kekeliruan dan pemahaman yang sempit mengenai agama, mereka sekadar menjadi pengguna kepada teknologi yang dicipta oleh golongan bukan Islam. Sepatutnya umat Islamlah yang menjadi pencipta dan peneroka kepada teknologi tersebut.

Untuk mendapat hidayah daripada Allah s.w.t, umat Islam mestilah beriman dan berilmu. Menjadi tanggungjawab besar bagi para ulama dalam usaha melahirkan lebih ramai umat Islam yang beriman dan berilmu. Tanggungjawab ini dapat dipikul seandainya wujud kesepakatan antara golongan ulama dan intelektual serta diberi ruang dan dorongan kuat oleh pemerintah. Tenaga insan yang hendak dibina bukan hanya berilmu tetapi mestilah bertunjangkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Tanpa iman dan takwa, tenaga insan berilmu (dunia) itu hanya akan menjadi kuda kayu yang tiada perasaan dan matlamat.

Islam adalah agama terakhir daripada Allah untuk menjadi panduan dan petunjuk kepada manusia . Islam tidak memusuhi akal manusia termasuklah hasilannya yang benar samada sains atau falsafah . Islam memandu akal kepada kebenaran . Menyahut seruan Islam tidak akan mematikan akal , tetapi menghidupkannya . Malah Islam bukan setakat menghidupkan akal , tetapi juga menghidupkan seluruh unsur kekuatan diri manusia .

No comments:

Post a Comment