Kalau suami komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen itu berniat untuk membetulkan isteri, tetapi ia tetap beri kesan yang buruk.
Anak-anak akan tengok, ayahnya tidak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen, bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tidak hormat ibunya. Dia tidak akan hormat ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tidak menghormati isteri kita.
Kita sepatutnya kena selalu cakap pada anak-anak bahawa ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya, supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan hormat pada ibunya. Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka hormat.
No comments:
Post a Comment