misteri sosialisasi

Monday, July 2, 2012

AJAR ANAK MEMBACA KAEDAH GLENN DOMAN

Kaedah ini adalah kaedah yang diajarkan oleh Glenn Doman
dan Janet Doman. Kaedah menggunakan Flash Card ini
sangat berkesan sekiranya ibu bapa betul-betul faham fitrah
anaknya. Ibu adalah GURU TERBAIK bagi anak.

Biarkan Anak Belajar
Anak dilahirkan dengan fitrah gemar belajar. Cuma kadang-kadang ibu bapa salah dalam mentafsir. Bayi kecil dikatakan tidak memahami sebarang perbuatan dan percakapan sedangkan mereka merekod segala percakapan dan tindakan kita.

Kadang kala kita lebih suka mengendong bayi atau mendukung bayi
daripada diletakkannya di atas lantai (permukaan lembut). Tahukah anda bayi akan lebih berkembang pesat baik dari segi fizikal, mental, visual dan juga IQnya sekiranya ia dibiarkan di atas lantai sahaja? Inilah yang menyusahkah ibu bapa bukan? Jika dibiarkan di atas lantai, khuatir kesihatannya, jika dibiarkannya meneroka, rosaklah barangan kita. Kemudian, apa yang ingin dilakukan bayi, seringkali dihalang dan kadangkadang dimarahi.

Cuba lihat ketika anak masih dalam kandungan? Menendang, menumbuk, bergerak dengan bebas tanpa halangan dari sesiapa. Itu adalah fitrah seorang bayi. Ingin belajar dan mereka akan terus berkembang dengan pesat.
Setiap orang perlu bersenam. Bayi lebih memerlukannya. Bagi membina otot-otot dan juga merangsang saraf-saraf, bayi perlu bergerak dengan kadar optimum. Oleh sebab itu, bayi menyusur, kemudian merangkak.

Tahap-tahap ini mampu mengoptimumkan kadar perkembangan bayi anda.

Cuba anda fikirkan, ketika bayi sedang merangkak. Apakah yang mereka dapat? Menganggar jarak, berapa langkah lagi akan sampai di meja tersebut, menajamkan penglihatan, berfikir arah perjalanan, selain itu mampu menguatkan otot tangan, kaki dan dada. Segala proses ini sangat penting sehingga, pakar kanak-kanak menolak penggunaan “walker”.

Maka, cukuplah lantai, anak dan ibu untuk memulakan aktiviti seawal usia 1 hari. Mungkin sesetengah ibu bapa masih belum biasa dengan meniarapkan bayi seawal 7 hari, ataupun seawal 1 hari. Namun, mengikut teori Domann, bayi sudah boleh diletakkan dalam keadaan meniarap, hal ini bagi menggalakkan bayi bergerak. Inilah salah satu aktiviti yang boleh dijalankan ketika bayi masih kecil.

Ibu adalah guru terbaik. Siapa yang kenal anak kita ketika dia menangis, siapa yang mampu mendiamkannya? Tiada orang lain yang lebih mengenali waktu mengantuknya melainkan IBUnya sendiri.
Jadi, berilah perhatian sebaiknya buat anak-anak. Kerana merekalah asset
kita, di dunia mahupun di akhirat. Kerana kita adalah ibu yang prihatin dengan pendidikan anak-anak.

copy dr anakku sayang.com

No comments:

Post a Comment